Friday, June 4, 2010

PUDING KASTARD JAGUNG BERKUAH




Assalamualaikum dan selamat malam semua. Tadi tidak sempat hendak menulis panjang dan berkongsi resepi sebab suami ajak minum di Kopitiam Moon, Jln Long Yunus. Jadi saya pun post sahajalah entri gambarnya dahulu. Hehe... Buat blogger Dedaun Alam itulah sebabnya kakak tidak menulis apa-apa tentang entri kali ini. Puding ini memang sesuai dimakan sewaktu cuaca panas dan lebih sedap sekiranya dibiarkan lama dalam peti sejuk. Jom kita kongsi resepi lagi....

Bahan-bahannya:

1 cawan tepung kastard
3 cawan air
1 cawan susu cair
1 tin jagung manis dikisar halus
3/4 cawan gula pasir
secubit garam
1 tin buahan campuran dalam tin (asingkan buahan dan sirapnya)
1 tin susu cair
11/2 tin air
1 sudu besar tepung kastard
gula pasir secukup rasa

Cara-cara membuat puding kastard:

1. Campurkan tepung kastard, air, susu cair, gula, garam dan jagung manis yang dikisar. Kacau hingga sebati.
2. Masak di atas api sederhana dan hendaklah sentiasa dikacau hingga puding menjadi likat.
3. Masukkan puding tadi di dalam bekas-bekas kecil dan sejukkan.

Untuk kuahnya:

1. Masukkan sirap buahan campuran, susu cair, gula, tepung kastad dan air. Bancuh kesemua campuran ini hingga sebati.
2. Panaskan di atas api hingga mendidih dan hendaklah sentiasa dikacau.
3. Sejukkan.

Cara-cara menghidang:

-Ambil beberapa biji puding yang telah sejuk dan beku. Masukkan ke dalam mangkuk. Taburkan sedikit buahan campuran dan curahkan kuah yang telah sejuk tadi. Sedia untuk dimakan.

7 comments:

  1. Salam kak anis, foto saja ke? Mana rencana dn karangan mgenai menu kali ini? Sedap tu puding kastard yg akk buat. Nk semangkuk(mangkuk spt dlm foto tu..he.he..)

    ReplyDelete
  2. Akk blik kg bila ye? Kalo kat kg nti trs berblogging ke berehat sat?

    ReplyDelete
  3. salam en daun.
    akk klu blk kg mmg tak sempat le nak terus berblogging sbb kena jd tukang masak n g ziarah saudara terdekat. mana nak jalan2 lg. hehe...
    klu jd 16 Jun ni, sbb abg ada reunion Maktab Sultan Abu Bakar.

    Tadi tak sempat nak karang cerita sbb abg ajak keluar minum dgn anak2.:))

    ReplyDelete
  4. salam. aduh! tegelam semuanya........ apa-apa pon memang nakpak sedap dan senang dibuat. bila nak belanja makan ni? hheheheh

    ReplyDelete
  5. Dh ada pn karangan dan rencana mengenai puding kastard jagung berkuah ni. Mmg best dimkn wktu cuaca pns dan hangat..

    ReplyDelete
  6. salam ieta.
    datanglah umah baru akk blh belanja. hehe...

    salam en daun.
    ada ms tu akk karanglah cerita. hehe...

    ReplyDelete
  7. Salam Annis,

    Cantik rupa sedap rasa puding kastard ni..hmm terliur ni

    ReplyDelete