Sunday, June 27, 2010

PRETZEL


Assalamualaikum dan selamat petang semua. Pertzel ini saya buat minggu lepas tetapi oleh sebab saya bermalas-malasan hendak menjenguk blog barulah saya buat entrinya hari ini. Syuhadah memang suka makan pretzel sejak pertama kali dia merasainya.
Masa anak-anak masih kecil dan belum berusia belasan tahun memang saya kerap mengikut suami outstation dan biasanya bila di Kuala Lumpur kami menginap di Hotel Legend yang bersebelahan dengan pusat membelibelah The Mall. Di sinilah ada permis menjual pretzel. Sekarang ini bukan suami tidak mengajaknya tetapi bila mengenangkan anak-anak terpaksa ponteng sekolah adalah lebih baik kami tidak mengikut beliau. Lagi pun jarak yang jauh antara KB dan KL lebih elok suami naik flight daripada terpaksa memandu jauh. Saya pun tidak berapa suka berlama-lama dalam kereta. Hehe...
Resepi pretzel ini saya ambil dari internet, selain ditabur gula saya juga buatkan dalam perisa cinnamon tetapi tidak sempat diambil gambarnya. Mula-mula memang terasa putus asa kerana saya tidak pandai mengentel doh menjadi tali, alhamdulillah Allah bagi ilham akhirnya bolehlah juga. Memang kalau dibandingkan dengan pretzel yang ada di The Mall, bentuknya lebih kurus berbanding pretzel saya. Hehe.... apa-apa pun syukur sebab rasanya sedap dan lembut.


4 comments:

  1. salam kak anis, memang tengok pun dah rasa sedap pretzel tu...mana resepinya kak hehe..
    kesiannya akak tak dapat jumpa famly kat johor, tapi happy kan dapat balik johor walau sekejap.

    ReplyDelete
  2. salam Kak Anis,

    Macam2 masakan Kak Anis buat yer, Pretzel nampak sedap sangat.Sweetie kagum dgn kebolehan akak.

    ReplyDelete
  3. Salam K.Anis,
    Sedapnya pretzel tu...kat sini mmng popular pretzel tu...tapi tak pernah beli dan rasa....dan tak pernah buat....mana resepinya kak...kecur pulaklah...
    Hari tu anak yatie kat Msia pun sakit mata masa akak kat johor...agaknya tngh musim aritu...sian akak takleh jumpa keluarga yg lain..takpe lain kali boleh jumpa...insyaAllah.

    ReplyDelete
  4. salam su.
    resepinya panjang sgt malas akk nak menaipnya. hehe... takde rezeki nak jumpa sedara mara la su. apa nak buat. alhamdulillah mmg seronok.:))

    salam sweetie.
    masak simple2 blhlah sweetie. alhamdulillah dgn rezeki yg Allah kurniakan.:))

    salam yatie.
    budak2 yg suka mkn yatie. kat KB tak jumpa plk yg dijual jd akk cari resepinya kat tenet. resepinya plk pnj jd akk tak letak. hehe... akk nak cuba resepi lain yg lbh mudah insyaAllah nnti akk letak resepinya.
    rasa2nya mmg musim la yatie sbb bkn sedara mara akk je yg kena, kwn2 sekolah budak2 tu pn sama.

    ReplyDelete