Friday, April 30, 2010

SAMBAL TUMIS UDANG LAGI ...




Assalamualaikum dan selamat malam semua. Siang tadi saya masak sambal tumis udang dan ayam cincang goreng rempah. Kebetulan suami pun hendak pulang dari outstation. Sambal udang memang lauk kegemaran beliau. Kalau hendak tumpang makan pun boleh sebab banyak lagi lebih sambal tumis udang tu. Anak-anak lebih suka makan ayam cincang goreng rempah. Huhu.. Makan pun sekali sehari sahaja. Mungkin kekenyangan makan sandwich telur yang saya buat sebelum masak tengahari tadi. Jom kita kongsi resepi sambal tumis ini....

Bahan-bahannya:

500 gram udang sederhana besar
2-3 senduk cili kering kisar
sedikit belacan dikisar
6 biji bawang merah dikisar
1 biji bawang putih dikisar
garam, gula dan perasa secukupnya
1/2 cawan air asam jawa ( jangan pekat sangat )

Cara-caranya:

1. Bersihkan udang dan buang sesungutnya.
2. Panaskan minyak dan goreng udang hingga bertukar warna. Angkat dan toskan minyaknya.
3. Lebihan minyak tadi tumiskan dengan cili kisar, diikuti bahan-bahan kisar ( kisar bersama air asam) hingga pecah minyak. Lagi lama lagi sedap tetapi api hendaklah sentiasa dijaga dan dikacau sekejap-sekejap.
4. Rasakan dengan garam, gula dan perasa. Kacau lagi.
5. Bila sambal telah mesra masukkan udang yang telah digoreng tadi. Kacau rata. Biarkan seketika atas api dan boleh dihidangkan.


6 comments:

  1. salam kak.
    sedapnya sambal tumis udang tu kak. kalau dimakan bersama nasi panas dan ulam kampung berselera.

    ReplyDelete
  2. salam fuzidss.

    dkt kelantan mmg ada jual cili kering yg merah menyala tp tak pedas. klu fuzidss g klate blh beli kat psr wakaf che yeh.

    rasanya pn sedap. hehe...

    ReplyDelete
  3. salam kakchik

    alhamdulillah, abang kata pn sedap. pagi td kami berdua cicah dgn roti bakar buat sarapan. hehe... t.kasih kak chik

    ReplyDelete
  4. Salam K.Anis, sedapnya tengok sambal udang ni...kegemaranku...kalau lauk udng sambal...tak payah lauk lain pun dah sedap...terasa pedas dan manisnya udng tu...so yummy...

    ReplyDelete
  5. salam yatie.

    suami akk pn suka mkn sambal tumis udang juga. sbb tu akk kerap masak utk dia. mmg manis udangnya yatie sbb baru turun dr laut. biasalah yatie org jawa mesti suka sambal tumis sbb dlmnya ada belacan. hehe...

    ReplyDelete