Sunday, April 11, 2010

MENU HARI INI

Ikan tongkol @ aya masak singgang permintaan suami. Entah kenapa kuah singgang ini kelabu asap saja warnanya. Hehe...

Ikan tongkol goreng garing, telur masin (hodoh sedikit sebab pecah sewaktu direbus, huhu...), dan sambal belacan. Suami suka makan nasi putih berlauk singgang dengan sambal belacan.

Assalamualaikum dan selamat malam semua. Hari ini cuaca rasanya amat panas sekali. Ketika saya mengangkat kain di jemuran tadi terasa mahu pitam dibuatnya. Kadang-kadang terpaksa berpayung juga tapi malu pula dengan jiran-jiran, nampak mengada-ngada sangat. Hehe... Oleh kerana saya jemur kain menggunakan hanger dan tersusun, senang dan cepat hendak mengangkatnya. Menu saya hari ini pun tersangatlah ringkasnya. Sayuran tiada dan saya gantikan dengan buahan sahaja.

2 comments:

  1. Salam anis...
    Ohh sedapnya singgang ikan anis tu...akak pun suka sangat singgang... dalam seminggu tu mesti nak menyinggang kurang2 sekali... hehe

    Anis, sama la kita, jemur kain suka pakai hanger...tak pakai banyak ruang, nak angkat senang dan pakaian pun lendik tak berkedut, kan anis.. :)

    ReplyDelete
  2. salam kakfzi. suami sy sejak duduk klate ni mmg suka sgt makan singgang ikan aya. hehe... masakan ini bkn sja mudah tp sihat kakfzi sbb rebus2 je.
    betul kakfzi.selain itu klu hujan alhamdulillah mudah je nak angkat dr ampaian. hehe..

    ReplyDelete