Sunday, April 11, 2010

BAHULU GULUNG LAGI...




Assalamualaikum rakan-rakan ku semua. Oleh kerana tadi masak pun cepat siap ( pada hal badan rasa macam melayang-layang je tadi dan rasa lesu sangat ) saya pun buatlah bahulu gulung ini. Lagi pun suami dan anak-anak ada bertanya bila hendak buat bahulu gulung lagi. Habiskan saja inti nenas yang saya buat hari itu. Kali ini bahulu saya agak lembut berbanding yang lalu. Mudah juga hendak menggulungnya. Alhamdulillah. Balik dari sekolah, Hamimah segera bertanya, emak bakar kuih apa tu? Waktu itu saya sedang bercakap di telefon dengan kakak saya inna, kemudian dengan biras pula a'ah. Lamanya mak telefon, adik nak tanya mak masak kuih apa ni? Rungutnya lagi. Hehe... Siap sahaja dipotong-potong tidak sabar-sabar dia menjamahnya, bukan itu sahaja tidak cukup sepotong dua. Bila diingatkan kalau makan ingat ayah dan kakak, slowlah sedikit. Hehe...

2 comments:

  1. Salam K.Anis,kemas je potongan bahulu gulung ni...kalaulah dpt sepotong pun jadilah...sedapnya.....

    ReplyDelete
  2. salam yatie. kali ni lembut sikit bahulu tu jd agak mudah nak potong tp pecah juga sikit2 sbb akk guna pisau potong sayur je. haha... pisau potong kuih takde dlm stok lah yatie. gelihati pn ada.
    sedih akk bila tak dapat rasakan yatie bahulu gulung ni. ada lg tu yatie. klu yatie tinggal dkt senang akk nak tapaukan.

    ReplyDelete