Tuesday, April 6, 2010

KARIPAP SARDIN BUAT SUAMI


Assalamualaikum dan selamat petang buat semua. Karipap ini merupakan hidangan minum petang semalam. Memang sangat digemari oleh suami dan anak-anak. Sekali ambil sampai dua biji walaupun mulut ada satu. Kalau dihidang dalam pinggan dari tinggi susunannya sekejap saja sudah rata. Hehe... Intinya saja saya buat lebih dan simpan dalam peti ais sebab bila teringin hendak buat karipap tinggal menguli, mencanai dan mengelim saja. Suami gemar sekiranya karipap ini digoreng garing dan tepungnya tidak rangup (liat sedikit). Intinya pula mestilah rasa sardin saja jadi untuk intinya saya hanya tumiskan hirisan dadu bawang besar dan bancuhan kari ikan. Jom jamu mata...

No comments:

Post a Comment