Monday, April 19, 2010

KARI IKAN BERSAMA TERUNG



Assalamualaikum dan selamat malam. Lauk untuk makan tengahari tadi. Ikan ini namanya ikan belitong menurut makcik yang menjualnya. Menurutnya lagi ikan belitong ini sedap dimasak kari. Oleh kerana tidak banyak pilihan ikan hari itu saya pun beli sahajalah. Lagipun hendak cepat waktu itu sebab bawa Adham. Marilah kita kongsikan resepi kari ikan belitong bersama terung ungu ini.

Bahan-bahannya:

3 potong isi ikan bahagian ekor
3 biji terung ungu saiz kecil dibelah dua
5 biji bawang merah dihiris
2 biji bawang putih dihiris
1/2 sudu kecil halba
3 tangkai daun kari dilurutkan
3 biji bawang besar dikisar
1/2 inci halia dikisar
2 sudu besar rempah kari ikan (digaul dengan bahan kisar)
sedikit air asam untuk mengisar
1 cawan santan
sedikit garam dan gula jika suka

Cara-caranya:

1. Tumiskan bahan-bahan hiris, halba dan daun kari hingga keperangan.
2. Masukkan campuran bawang besar kisar dan serbuk kari. Gaul rata dan biarkan hingga pecah minyak.
3. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
4. Setelah sebati rasa dan bahan-bahan tumis tadi, masukkan ikan dan gaul lagi.
5. Masukkan sedikit air agak-agak tenggelam ikan tadi. Bila mendidih tambahkan dengan santan dan terung.
6. Masak dengan dikacau sekali-sekala hingga kuah mendidih dan terung empuk.
7. Boleh disediakan untuk santapan...

4 comments:

  1. salam k.anis..nampak sedap..sedap tak ikan belitong tu kak masak kari?tak penah dengar pun..hikhik..mmg kurrang kenal skit mcm2 ikan ni.yg tahu membedal jee

    ReplyDelete
  2. salam izah. hehe... akk pn tak tau le, pakai sambar je. janji lauk2 basah tu cukup seminggu. ikan2 yg makcik ni jual mmg nama2 pelik ckit. mcm suji, denuk, pisang, belitong tp mana2 dia rekmen mmg sedap dimasak n digoreng:))

    ReplyDelete
  3. Salam kak anis, ikan belitung(bkn belitong) tu jnis ikn laut dlm.Masa hidup kaler dia kekuningn tp bila mati, btukar jd putih.Ikn yg makcik tu jual smua ikn laut dlm.Ikn pisang2 tu sdp.Bdn dia bulat dn ada jalur kuning.

    ReplyDelete
  4. salam en daun. akk pn suka mkn ikan pisang tu. harganya tak mahal tp rasanya sedap sangat. mmg nmpk pelik ikan belitung ni. sebab tu akk beli bhgn ekor je. hehe... rezeki akk la duk klate ni dpt rasa ikan yg sedap n tak penah jumpa selama ini. makcik jual ikan tu pun rajin kenalkan ikan dan masakkannya sekali.

    ReplyDelete