Friday, July 1, 2011

TELUR MASAK KICAP



Assalamualaikum semua. Petang ini baru dapat update blog. Pagi lepas hantar anak lelaki ke tadika, jiran berziarah ke rumah. Bila jiran balik sahaja saya mulalah bersilat, masukkan baju dalam mesin basuh, menyapu sampah keliling rumah, mengemas, membasuh pinggan mangkuk dan mula memasak. Hari Jumaat biasanya suami akan balik ke rumah, menikmati hidangan tengahari dan bersolat Jumaat di masjid yang memang hampir dengan rumah kami.
Menu yang mudah sahaja, masak ayam dan ikan pun asyik bersisa dan terbuang. Jom kita kongsi resepi telur masak kicap stail saya.

Bahan-bahannya:

5 biji telur ayam - digoreng mata lembu
10 biji cili api - biar sebiji-sebiji
1 biji tomato - dibelah 4
1/2 batang carrot - dihiris kecil memanjang
3 batang lada merah - dipotong 4
1 biji bawang besar - dihiris
1 ulas bawang putih - dihiris
air asam jawa secukupnya
gula secukup rasa
kicap masin secukupnya

Cara-caranya:

1. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang besar, bawang kecil dan cili merah hingga layu.
2. Masukkan kicap, air asam jawa dan gula. Kacau sebati.
3. Masukkan telur diikuti cili api dan carrot. Kacau lagi.
4. Masukkan tomato, kacau sebati. Biarkan seketika di atas api, bolehlah dihidangkan. Sedap dimakan panas.

7 comments:

  1. Salam kak anis, kita belum makan lagi pun sampai skrg kak mmg tak de selera tp bila nmpk telur kicap ni terasa nak g dapo masak hihihi... Sedapnyer kak! tak sabo pulak nk makan hihihi...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum K.Anis,
    lauk mcm ni yg sedap..lagi2 bila perut dah lapar...mau bertambah nasi dan lauk..

    ReplyDelete
  3. salam Anis...
    lauk cam gini mmg sedap & sesuai kalau tak sempat msk yg berat2..yg pasti anak2 suka..

    ReplyDelete
  4. walaupun simple tapi menyelerakan. menu ni seswai buat makan sahur. =)

    ReplyDelete
  5. salam Anis...simple tapi nampak menyelerakan...

    ReplyDelete
  6. kak aya suka makan dengan nasi panas, memang menyelerakan.

    ReplyDelete
  7. waalaikumussalam ika.
    sesekali mkn nasi lauk ringan2 mcm ni mmg best tp kena mkn time lauk tu panas2 la baru sedap. hehe...

    waalaikumussalam yatie.
    betul tu k.anis setuju sgt.:))

    swaalaikumussalam mama.
    cepat dimasak, sedap dimakan. hehe...

    alia.
    mmg ya, ringkas juga nak memasaknya.:))

    waalaikumussalam atie.
    t.kasih, kdg2 buntu bila masak2 tak abis n terbazir.

    kak aya.
    sy pn sama, alhamdulillah.:))

    ReplyDelete