Monday, July 11, 2011

GULAI IKAN BERNENAS



Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Curi-curi masa untuk membuat entri kali ini. Pastikan jika memasak menu ini jangan menggunakan nenas yang terlalu masam sebab ianya akan merosakkan rasa gulai ini. Selain itu penggunaan ikan masin dalam masakan ini adalah lebih sedap berbanding ikan basah. Saya masak apa yang ada di dalam stok sahaja. Jom, sudi-sudikan melihat resepinya.

Bahan-bahannya:

3 potong isi ikan
9 tangkai cili kering dikisar
5 biji bawang merah dikisar
1 ulas bawang putih dikisar
sedikit halia dikisar
2 sb serbuk kari ikan
garam secukup rasa
air
santan pekat secukupnya
1 mangkuk kecil potongan nenas

Cara-caranya:

1. Campurkan bahan-bahan kisar dan serbuk kari untuk dijadikan pes.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan tadi hingga pecah minyak.
3. Masukkan potongan ikan dan gaul sebati.
4. Masukkan air dan biar kuah mendidih.
5. Masukkan santan pekat dan kacau sebati. Perlahankan api sambil dikacau kuahnya sekali sekala.
6. Bila kuah mulai mendidih, masukkan potongan nenas pula, bila kuah sudah menggelegak masukkan garam dan secubit gula jika suka.

4 comments:

  1. Salam Kak!!!sedan tuuuuuu Klu lauk2 Ada letak nenas! Biasanyer Klu letak Nenas yg abis dulu nenasnyer baru mkn ikannyer hihihi....

    ReplyDelete
  2. salam aniss..apa kata lepas makan gulai ni jom kita pekena tag pula hehehe apa tu kak ilah oiiii.. jom masuk dapo kak amek award dan tag la apa lagi..kanda mohon maafff jgn mareee..

    ReplyDelete
  3. sedapnya...smlm baru masak asam pedas ikan masin dgn nenas. arini leh try resepi ni pulak!

    ReplyDelete
  4. waalaikumussalam ika.
    akk pn suka nenas2 ni sbb bila mkn ada masam2 n manisnya.:))

    waalaikumussalam kak ilah.
    insyaAllah sy ambil n buat tag tu nanti bila ada kelapangan. t.kasih kak.:))

    cekwa.
    bg akk lbh sedap klu kita gunakan ikan masin dlm masakan ini. apa2 pn sesekali tukar selera dgn ikan basah plk. hehe...

    ReplyDelete