Tuesday, July 5, 2011

KERUTUP AYAM KELANTAN



Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Sudah lama rasanya tidak merasai kelazatan masakan kerutup, sejak meninggalkan bumi Kota Bharu. Di Kuching, lain pula masakannya... Alhamdulillah, rempah kerutup masih ada lagi dalam stok dan cukup untuk sekali masak lagi. Semasa di Kota Bharu saya pernah mencuba daging masak kerutup, kini saya masak pula ayam. Resepi masak kerutup ini kakak penjual rempah yang ajarkan. Jom kita panjang-panjangkan pahala beliau.


Bahan-bahannya:

1 ekor ayam saiz sederhana dipotong ikut suka
2 sudu besar rempah kerutup (saya guna brand selising)
kerisik dari RM1 kelapa parut
1/2 cawan santan pekat
sedikit air asam jawa
10-15 biji cili kering dikisar
7 biji bawang merah dikisar
2 biji bawang putih dikisar
sedikit halia dikisar
sedikit lengkuas dikisar
5 batang serai dititik
2 sudu besar ketumbar
sedikit gula melaka/manisan
rempah tumis secukupnya
garam

Cara-caranya:

1. Campurkan bahan-bahan yang dikisar bersama ketumbar dan rempah kerutup untuk dijadikan pes.
2. Panaskan minyak dan tumiskan rempah tumis, pes kerutup dan serai yang dititik. Gaul sebati.
3. Bila bahan tumisan telah pecah minyak dan naik bau, masukkan ayam. Kacau sebati dan tambahkan sedikit air. Masak hingga ayam empuk.
4. Setelah ayam empuk masukkan air asam jawa, garam dan manisan secukupnya. Kacau sebati.
5. Tambahkan dengan santan pekat dan kerisik. Gaul lagi hingga mesra. Angkat bila kuah memekat dan ayam benar-benar empuk.

10 comments:

  1. Salam kak! kerutup ayam? rasanyer kita tak pernah buat resepi2 yg ada tulis kerutub gini, nanti nak cuba buat jugaklah! hihihi...

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam ika.
    rasa rempah kerutup adabi tak sesedap kerutup made in selising ni. akk pn tak pasti kenapa. buat ika, akk tahu ika mmg rajin masak.:))

    ReplyDelete
  3. salam kenal kak anis...
    wahhh...guna "awah selising" eh? mana buleh lawan kan...

    ReplyDelete
  4. salam anis..
    sedapnya kerutup ni.. payah nak dpt rempat kerutup kat sini...

    ReplyDelete
  5. tak lena kak malam ni sebab kena puji jelita hehe... t.kasih..gmbr 23thn lepas semua org jelita..dah tua2 ni jeliktak? hahaha.. sedap nmpk ayam tuuu kak nak print resepinya ya

    ReplyDelete
  6. waalaikumussalam cheq sue.
    mmg tak blh lawan keenakkannya. wangi rempah bila dimasak.

    waalaikumussalam madihah.
    ada juga madiha tp yg brand adabi. cuma rasanya kurang sikit la.:))

    kak ilah.
    skrg lg jelita, anggun gitu. rajin n pandai masak lg. itu yg mahal. boleh kak.:))

    ReplyDelete
  7. assalamualikum kak anis..
    uishh sedap nyer nampak kerutuk ayam kak anis neh. rempah kerutuk slalu lupa nak cari. tapi mmg suke makan kerutuk2 ni

    ReplyDelete
  8. macam ni kenalah cari rempah kerutup, baru boleh rasa... kecur liur ni, Kak Anis

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Puan Anis,

    Salam ziarah ... mohon izin copy image for ilustrasi di blog with citation and back link ...

    terima kasih ...

    RLiM

    ReplyDelete
  10. My wife masak utk berbuka tadi... Sedap sangat

    ReplyDelete