Wednesday, October 19, 2011

UDANG GORENG MENTEGA



Assalamualaikum dan selamat petang semua. Masakan yang asal boleh saja ini. Lepas masak rasa tidak lalu hendak makan sebab terbau-bau hanyir telur. Hehe... Anak-anak pula siap bertanya "udangnya ini aje ke mak?". Selera betul anak-anak makan nasi waktu ini. Jom kita lihat resepinya.

Bahan-bahan:

500 gram udang harimau - siang, belah belakang, cuci bersih, toskan
4 biji telur saiz kecil
1/2 cawan susu segar
1 pokok daun ketumbar - hiris
7 biji cili api - hiris
secubit garam
sedikit mentega
sedikit minyak masak

Cara-caranya:

1. Goreng udang hingga bertukar warna dan ketepikan. Pukul telur dengan susu segar, ketepikan.
2. Lebihan minyak tadi tambahkan dengan mentega.
3. Bila mentega mencair dan panas, tumiskan cili api dan daun ketumbar. Sepatutnya daun kari ya tapi sebab anak-anak tak suka daun kari saya tukar dengan daun ketumbar.
4. Masukkan udang, kacau sebati dan masukkan pula campuran telur dan susu. Kacau sebati.
5. Biarkan seketika di atas api dan bolehlah dihidangkan.


4 comments:

  1. Salam, Kak Anis.. besar2 udang tu.. geram.. saya kalau nak makan ni, suka guna serbuk greng cosway, senang, cuma tambah cili padi ngan daun kari jer..

    ReplyDelete
  2. As salam kak anis,
    Akak apa khbr? Akak mmg suka mkn udang ye?? Selalu tgk menu berasaskn udang kat dapoq akak...

    ReplyDelete
  3. AsSalam Anis..
    Wah sedap nyer udang goreng mentega.. boleh la akak terai ikut goreng cani, anis.. nampak menyelerakan..
    kat umah selalu abih2 goreng garam kunyit je.. he he

    ReplyDelete
  4. waalaikumussalam yusa.
    akk nak cuba masak yusa tp makannya tidak. yg dgn serbuk goreng cosway pn penah masak dulu. udang ni mmg besar yusa tp bila digoreng kecut sikit. hehehe.

    waalaikumussalam en daun.
    akk sihat, alhamdulillah. akk tak suka udang en daun, masak aje sbb abg n anak2 suka. akk mmg klu masak, masak apa2 yg suami n anak2 suka mkn je. lauk2 udang ni klu tak abis je baru akk mkn. akk suka makan sotong lg. hehehe.

    waalaikumussalam kakfzi.
    sy lg suka goreng garam kunyit aje kakfzi. sihat ckit berbanding yg ini. hehehe... ini mmg pakej lengkap byk kolesterol. hehehe... cubalah kakfzi, sesekali apa salahnyakan.:))

    ReplyDelete