Tuesday, October 18, 2011

KEK KLASIK DULU2

bahagian tengahnya memang saya biarkan lembab sedikit sebab saya suka, hehehe...



Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Terasa malas hendak membuat entri baru. Sudah banyak kali saya buka blog tetapi bila rasa malas dan tiada mood menguasai, satu apa pun tidak jadi. Kali ini saya buat jugalah dengan separuh hati.
Kek di atas saya buat menggunakan resepi lama arwah emak kawan group memasak di facebook. Sebenarnya sudah lama saya hendak membuatnya tetapi terlupa resepi sedangkan kek beginilah saban kali saya buat bila ada rewang majlis perkahwinan di kampung semasa zaman gadis dulu. Biasanya arwah emak akan meminta saya buat 3 buku sekaligus untuk diberi pada jiran yang empunya majlis.
Jom kita tengok resepinya...

Bahan-bahannya:

1 cawan margarine
1 cawan gula castor
3 biji telur saiz A
13/4 - 2 cawan tepung gandum}
1 st serbuk penaik} ayak bersama
1 st esen vanilla
sedikit serbuk koko

Cara-caranya:

1. Pukul margarine dengan gula castor hingga kembang.
2. Masukkan telur sebiji, sebiji dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan esen vanilla dan kacau lagi.
4. Masukkan tepung dan gaul rata dengan gerakkan sederhana.
5. Bahagikan 2 bahagian, sebahagian diwarnakan kuning dan sebahagian dicampur dengan serbuk koko dan digaul sebati.
6. Masukkan adunan warna kuning sesudu, diikuti dengan adunan koko sesudu dalam acuan kek yang telah disapu margarine terlebih dahulu.
7. Bakar dalam oven pada suhu 180C yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 30 minit atau sehingga masak.

5 comments:

  1. Salam kak anis,
    apa khabar kak? Teringat my MIL yang suka juga buat kek macam ni. cantik belangnya, cuma katanya tak guna penaik. Tapi tak kisahla, yg penting rasanya tradisi. :))

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam indah.
    akk sihat, alhamdulillah. kek lama ni indah. dulu2 ms anak dara akk selalu buat n bila dah lama tak buat lupa. ms akk buat dulu mmg guna baking powder tp takde ayak2 just masuk ms kacau tepung tu. hehe...

    ReplyDelete
  3. Sedap la kek klasik ni. Tgk gmbr pn mcm dh blh rasa...hehe..

    ReplyDelete
  4. Salam.. saya x fhm la sukatan tepung tu.. mohon penerangan.. terima kasih.

    ReplyDelete
  5. Salam sis
    1 cawan margarine berapa gram?
    Apa brand sesuai?

    ReplyDelete