Friday, October 21, 2011

SUP TULANG RESEPI 11



Assalamualaikum dan selamat petang semua. Entri tertunda lagi oleh sebab kehilangan mood hendak berblogging. Sup tulang saya ini hanya masak rebus-rebus sahaja untuk mengelakkan kuahnya tambah berminyak dan berlemak. Menyediakannya juga cukup senang dan rasanya juga alhamdulillah kena pada selera suami dan anak-anak. Jom kita kongsi resepi lagi...

Bahan-bahan:

500 gram tulang lembu berdaging
1 biji bawang besar kisar
7 biji bawang kecil kisar
3 ulas bawang putih kisar
2 inci halia diketuk
1 sudu besar rempah sup
1 sudu besar rempah kurma'
1 batang lobak merah dipotong
3 biji kentang belah 8
3 batang celery dihiris
daun sup dihiris
daun bawang dihiris
garam secukup rasa
air untuk merebus secukupnya

Cara-caranya:

1. Rebus tulang dengan halia hingga mendidih dan daging empuk. Masukkan bahan-bahan yang dikisar.
2. Campurkan rempah sup dan rempah kurma' dan bancuh dengan sedikit air. Masukkan bancuhan ini ke dalam kuah rebusan tulang tadi.
3. Apabila mendidih masukkan lobak merah, kentang dan batang celery. Kemudian masukkan tomato.
4. Apabila kentang empuk barulah masukkan garam secukup rasa. Kalau suka kuah yang banyak bolehlah tambahkan air lagi.
5. Masak lagi hingga kentang benar-benar empuk, lembik dan kuah menjadi pekat.
6. Hidangkan bersama hirisan daun sup dan daun bawang.

4 comments:

  1. salam ziarah..emm sedapnya sup tu..

    ReplyDelete
  2. As salam kak anis,
    Akak kata sup tulang tp tak nampak pn tulang tu.. Nmpk daging je.. Tulang dh terlindung oleh daging yg byk tu..hehe.. Mcm biasa, apa2 jenis sup mmg saya suka mkn..

    ReplyDelete
  3. Assaalmualaikum....anis
    Tinggal sup semangkuk untuk ucu

    ReplyDelete
  4. waalaikumussalam norlie.
    cubalah tp pilih tulang yg berdaging bahagian tenguk lembu ya.:)

    Waalaikumussalam en daun.
    Tulang yang akk gunakan mmg jenis byk daging la en daun. hehe... suami akk bab sup2 ni kurang sikit, sesekali akk tukar menu la plk sbb asyik sambal3 n asam pedas memanjang. hehehe...

    Waalaikumussalam ucu.
    Boleh saja, nnti dtg ambil ya.:))

    ReplyDelete