Friday, September 28, 2012

PUDING ROTI KARAMEL




Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ini. Di kesempatan ini saya hendak kongsikan pula pencuci mulut yang memang sudah ramai rakan blogger membuatnya. Saya pula barulah hendak mencubanya. InsyaAllah rasanya memang sedap. Lebih-lebih lagi bila dimakan waktu cuaca panas.

Resepinya saya ambil dari blog Yatie. Terima kasih Yatie. Puding ini pun sebenarnya sudah lama saya tetapi oleh kerana kekangan masa hendak menulis di blog saya simpan dahulu dalam kad memori kamera.
Resepinya saya terus salin dan tampal dari blog Yatie.:))


Bahan-bahan
  • 3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
  • 4 keping roti gardenia
  • 3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
  • 1 cawan air suam
  • 1 cawan susu cair
  • 1/2 cawan susu pekat - Yatie letak 3/4 cawan susu pekat
  • 1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara
  1. Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air panas, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
  2. Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
  3. Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam) - Yatie kukus 30minit je.
  4. Sejukkan dahulu barulah di potong dan hidangkan.

GRATIN MACARONI



Assalamualaikum dan selamat petang semua. Lama betul dapur alam maya saya ini tidak berasap. Entri kali ini pun gambarnya sudah lama tersimpan dalam kamera. Sayang pula dibiarkan tidak diguna, apa-apa pun sekiranya ada cerita pasti memudahkan saya untuk merujuk resepinya bila teringin membuatnya lagi.

Resepinya saya ambil dari kenalan group masakan di laman muka buku Noriz. Terima kasih buat Noriz. Yang pasti anak-anak amat menggemari keenakan gratin macaroni ini.

Bahan-bahannya:

4 genggam macaroni - rebus hingga lembut
15 ekor udang segar - kupas kulitnya
4 batang crabstick - dihiris
4 biji cendawan butang - dihiris
1/2 batang carrot - potong kecil memanjang
2 sk lada hitam - kisar kasar
1 biji bawang besar - didadu kecil
mentega secukupnya
100 gm parutan keju mozarela

Untuk sos putih:

21/2 cawan susu segar penuh krim
1 sudu besar tepung gandum
- gaulkan bahan-bahan ini di dalam periuk dan masak menggunakan api sederhana hingga pekat.

Cara-caranya:

1. Panaskan mentega, tumis bawang hingga agak layu dan masukkan bahan-bahan lain.
2. Masak sekejap sahaja sebab macaroni ini akan dibakar kemudiannya.
3. Gaulkan macaroni tadi dengan sos putih secara merata. Kalau pekat atau kurang susu, tambahkan lagi susu segar penuh krim tadi. Adunan mesti pekat n creamy.
4. Masukkan dalam loyang, taburkan dengan parutan keju.
5. Bakar hingga keperangan selama 15-20 minit dengan suhu 200C.

Selamat mencuba.:D

Sunday, July 8, 2012

PENGAT LABU MANIS + CANDIL GANDUM




Assalamualaikum dan selamat petang semua. Entri hari ini lahir dari perbualan bersama emak mertua beberapa hari yang lalu. Semuanya berkisar tentang rancangan pertandingan masakan di Astro Prima iaitu Jaguh Kampung dan mengambil tempat di perkampungan di Kota Bharu, Kelantan. Mertua terpandang peserta memasak bubur biji nangka lantas menelefon saya, maklumlah saya pernah tinggal di KB lebih kurang 4 tahun lamanya jadi beliau bertanyalah.
Perbualan kami berdua akhirkan menyentuh tentang bubur candil yang lebih kurang sama sahaja dengan bubur butir@biji nangka cuma dalam kuah bubur butir nangka ada dicampurkan dengan halba. Bubur candil gandum ini ilham arwah emak saya yang alah memakan pulut dan yang sewaktu dengannya. Melihatkan labu manis yang terbiar saya pun teruslah membuat pengatnya bersama candil gandum ini.
Resepinya seperti di bawah...

Bahan-bahan:

1/2 biji labu saiz sederhana besar - kupas kulit dan potong dadu
2 cawan santan pekat
2 keping manisan + gula secukup manis - masak dengan 1 cawan air hingga larut
5 helai daun pandan - siat dan simpulkan
Air biasa secukupnya

Untuk candil gandum:

1 cawan tepung gandum
Air secukupnya untuk menguli

Cara-caranya:

1. Uli tepung bersama air hingga menjadi doh dan tidak melekat dengan jari-jari tangan. 
2. Ambil sebesar duit 10 sen dan gentel bulat.
3. Buat hingga doh habis. Jangan letak bertingkat-tingkat, biarlah tepung yang digentel bulat ini tidak bertindih antara satu sama lain supaya tidak melekat.
4. Ketepikan.
5. Dalam periuk masukkan potongan labu manis, air hingga labu manis tenggelam dan simpulan daun pandan.
6. Bila kuah mendidih masukkan candil gandum tadi dengan hati-hati jika tidak terpaksa digentel lagi.
7. Kacau rata dan masukkan santan pekat bila labu manis hampir empuk. 
8. Masukkan manisan + gula yang telah dicairkan dan ditapis terlebih dulu.
9. Bila kuah mendidih, labu manis empuk dan candil gandum masak bolehlah ditutup api.
10. Boleh dihidang panas-panas atau pun ketika sejuk.

Saturday, July 7, 2012

GERMAN APPLE CAKE

Assalamualaikum dan selamat malam semua. Entri saya kali ini ialah tentang kek epal pertama yang saya buat. Saya memang jarang membakar kek. Biasanya kalau teringin hanya beli sahaja sepotong dua. Bukan apa bimbang nanti bila saya buat kek saya pula yang jadi tukang menghabiskannya. Di usia yang makin meningkat saya perlu kurangkan makanan manis-manis walaupun saya memang kurang menggemarinya dari zaman anak gadis lagi. Hehehe...

Berbeza dengan German Apple Cake ini yang resepinya saya ambil dari blog Yatie, di sini. Terima kasih Yatie, rasanya tidaklah manis sangat malahan bertambah sedap  dengan aroma serbuk kulit kayu manis. Untuk resepinya saya 'copy and paste' terus dari blog Yatie...




Ingredients
  • 2 eggs
  • 1 cup vegetable oil
  • 2 cups white sugar (Yatie guna 1 cwn gula perang, dan 1/2 cwn gula halus)
  • 2 teaspoons ground cinnamon
  • 1/2 teaspoon salt
  • 1 teaspoon vanilla extract
  • 2 cups all-purpose flour
  • 1 teaspoon baking soda
  • 4 cups apples - peeled, cored and diced (Yatie parut kasar je apple tu, pastu perah sikit airnya dan toskan)
Directions
  1. Preheat oven to 350 degrees F (175 degrees C). Grease and flour one 9x13 inch cake pan.
  2. In a mixing bowl; beat oil and eggs with an electric mixer until creamy. Add the sugar and vanilla and beat well.
  3. Combine the flour salt, baking soda, and ground cinnamon together in a bowl. Slowly add this mixture to the egg mixture and mix until combined. The batter will be very thick. Fold in the apples by hand using a wooden spoon. Spread batter into the prepared pan.
  4. Baked at 350 degrees F (175C) for 45 minutes or until cake tests done. Let cake cool on the wire rack. Once its cool serves with a dusting of confectioners' sugar.
Selamat mencuba...

Friday, July 6, 2012

KASTARD SUSU LAPIS JELI BERKOKTAIL

Assalamualaikum dan selamat petang semua. Pencuci mulut yang sangat senang disediakan dan enak pula rasanya. Sesuai dimakan waktu panas dan sewaktu berbuka puasa. Lebih kurang seperti triffle tetapi saya ubah sedikit jadi lebih mudah dan tidak semanis triffle. Bila umur sudah meningkat ini rasanya tidak lalu hendak makan makanan yang manis-manis.

Bahan-bahannya:

1 cawan tepung kastard
1 cawan gula
4 cawan susu segar
1 cawan air biasa
1 kotak jeli segera perasa strawberry
1 tin buah-buahan koktail

Cara-caranya:

1. Toskan buah-buahan koktail dari sirapnya. Ketepikan.
2. Dalam periuk bancuh hingga larut tepung kastard bersama susu segar dan air.
3. Tambahkan gula.
4. Masak campuran ini hingga likat.
5. Masukkan kastard yang telah likat di dalam bekas lutsinar yang disukai.
6. Masak jeli segera mengikut arahan sepertimana di kotak.
7. Taburkan buah-buahan koktail atas kastard tadi dan curahkan jeli secara merata di atasnya.
8. Sejukkan dan hidangkan.