Monday, September 6, 2010

SAMBAL TUMIS SOTONG DAN TEMPE KICAP PEDAS

sambal sotong saiz kecil

Assalamualaikum dan selamat malam semua. Malam ini Kota Bharu hujan rahmat, malam 27 Ramadhan. Ramadhan yang terakhir di sini. Sedih. Lama saya tidak membuat entri terbaru, menziarahi blog kawan-kawan dan bertanya khabar. Belakangan ini saya tidak sempat hendak menjenguk blog sendiri apatah lagi rakan-rakan. Maafkanlah saya dan terima kasih diucapkan pada sesiapa sahaja yang sudi singgah dan meninggalkan pesanan.

Menu yang dipamerkan pun entah bila saya memasaknya. Sudah terlupa. Hehe... Lagi pun menu ulang tayang dan saya memasak untuk kesekian kalinya. Apa yang digemari suami dan anak-anak itulah yang saya hidangkan.


tempe tumis kicap pedas

Lauk tempe ini merupakan pembuka selera saya ketika bersahur dan berbuka. Resepi yang amat mudah dari arwah emak. Namun rasanya lebih enak jika arwah emak yang memasaknya. Ramadhan menggamit kenangan manis zaman gadis saya bersama arwah emak. Jomlah jamu mata dengan menu ringkas saya, resepi ada dalam entri terdahulu.


lemak, manis, masin dan semestinya pedas

2 comments:

  1. Salam hari raya, kak Anis.
    Berselera betul kalu dapat sambal sotong tu. Arini kami lewat sahur.. huhu.makn roti jer. Akak balik mana tahun ni? Ramadhan terakhir? Akak dah nak pindah ya.. Moga Allah permudahkan segala urusan family kak.

    ReplyDelete
  2. salam indah.
    tak mengapalah tetap bersahur juga namanya tu n ambil berkat bersahur.
    akk balik johor. biasanya tuju umah mertua dulu di johor bahru barulah ke kampung akk di kulai.
    terimakasih indah. mudah2an. ameen

    ReplyDelete