Monday, September 6, 2010

DAGING RENDANG PEDAS DAN PUDING GULA HANGUS

daging rendang pedas


Assalamualaikum dan selamat petang semua. Entri terakhir saya sebelum menyambut lebaran rasanya. Esok pagi insyaAllah saya dan keluarga mula bertolak pulang ke kampung. Seperti 4 tahun yang lalu kami akan singgah berehat dan bermalam di Kuantan. Mudah-mudahan perjalanan kami diberkati dan dilindungi Allah hendaknya. Ameen. Doakanlah kami sekeluarga selamat dalam perjalanan yang jauh ini ya. Terima kasih diucapkan.



Sebenarnya resepi rendang ini saya ambil dari majalah 'Keluarga' keluaran Aidil Fitri. Bahan mentah yang digunakan adalah ayam dan saya gantikan dengan daging. Lecehnya resepi ini semua pakai timbangan. Jadi untuk lebih mudah saya gunakan sukatan sendiri. Sesuai untuk hidangan hari raya dan rasanya tidak muak. Jom kita kongsi resepi lagi...

Bahan-bahannya:

Untuk dikisar:
15 tangkai cili kering
7 biji bawang merah
sedikit lengkuas
sedikit kunyit hidup
5 batang serai

Untuk dihiris:
3 batang serai
sedikit lengkuas
3 helai daun kunyit
5 biji bawang merah

500 gram daging dihiris
1 cawan santan
2 sudu besar kerisik
garam dan gula secukup rasa

Cara-caranya:

1. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan hiris diikuti bahan-bahan kisar hingga naik bau.
2. Masukkan daging dan tambah sedikit air. Kacau sebati dan masak hingga daging empuk.
3. Masukkan santan diikuti kerisik, garam dan gula secukup rasa. Kacau lagi.
4. Masak dengan api sederhana hingga rendang agak garing.
5. Sedia dihidangkan bersama nasi minyak, nasi putih, lemang, ketupat palas atau ketupat nasi.


puding gula hangus lagi




Macam biasa buatkan untuk anak-anak. Beberapa hari yang lalu saya beli di gerai FAMA, maaf memang langsung tidak sedap. Tawar dan rasa semacam. Sepotong RM2.50 atau RM3.00 kalau tidak silap. Kasihan dengan anak-anak waktu makan semasa berbuka puasa. Kali ini saya kurangkan sukatan gula hangusnya, alhamdulillah tetap manis, lemak dan berkrim cuma tidak boleh amalkan selalu pemakanan seperti ini. Jom jamu mata...

2 comments:

  1. Salam kak anis,
    Daging rendang pedas yg akk msk tu mmg sdp kalau mkn dgn nasi putih tnpa kuah. Mkn dgn pasangan lain pn ok juga tu. Resepi ni akk ambil dr mjlh Keluarga ye. Mjlh Anis akk bc tak? Nama akk tu..hehe.. Puding tu best dimkn sbg dessert, blh mkn byk2 sbb buat sndiri.
    Sy doakn pjalanan akk sekelurga pulang ke kg dn kmbli semula ke Kelantan selamat dn lancar. Slmt hr raya ye kak..

    ReplyDelete
  2. salam en daun.
    dulu2 mmg selalu bc majalah Anis tu skrg ni dah jarang2. hehe...
    t. kasih en daun. mudah2an, ameen.

    ReplyDelete