Tuesday, May 4, 2010

AWARD LAGI DARIPADA SU MERSING...



Assalamualaikum dan selamat malam. Saya dapat award lagi dari Su Mersing. Terima kasih saya ucapkan buat Su yang rajin memberi award kepada saya. Tentu saya ini sering berada dalam ingatannya. Hehe... Cantik betul apron pink ini. Kalau dapat yang betul pasti sayang hendak menggunakannya dan digantung sebagai perhiasan tanda kenangan...
Sebenarnya saya bukanlah pandai sangat memasak. Lauk pauk dan kuih muih biasa-biasa sahaja yang selalu saya letak untuk setiap entri. Blog saya ini pun hanya suka-suka demi memenuhi masa senggang saya. Namun dengan adanya blog ini saya punya ramai kawan walaupun hanya di alam maya. Mudah-mudahan silaturrahim yang terjalin berpanjangan hendaknya...

3 jenis lauk pauk yang suka dimasak
- mestilah asam pedas
- sambal tumis
- kerutup ikan

3 jenis pencuci mulut yang paling best pernah buat
- puding roti bersos kastard
- puding coklat
- pelbagai jenis bubur/pengat

3 jenis biskut kegemaran time raya
- tart gulung
- biskut makmor
- biskut badam

Bagi Award ni pada 3 orang rakan anda yg juga rajin memasak
- nurindah
- E-na Zarina
- kak asma

SENANGIN MASAM MANIS BERKICAP



Assalamualaikum dan selamat malam semua. Ikan senangin masak masam manis ini saya tambahkan dengan kicap sebab suami memang tidak suka yang teramat dengan lauk masam manis. Saya dan anak-anak suka pula makan nasi berlauk menu masam manis. Bukan selalu pun sesekali sahaja. Ikan senangin ini masak asam pedas memang sedap tetapi sesekali hendak lari juga dari menu wajib ini. Jom kita kongsi resepi senangin masam manis berkicap ini...

Bahan-bahan:

2 ekor ikan senangin
5 tangkai cili kering dikisar
1/2 inci halia dikisar
3 biji bawang merah dikisar
1 biji bawang putih dikisar
1 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
air asam secukupnya untuk mengisar - jangan pekat sangat
garam dan gula secukupnya

Cara-caranya:

1. Kelar ikan senangin dan lumur dengan garam kunyit. Goreng sederhana garing.
2. Lebihan minyak gorengan ikan tadi tumiskan dengan bahan-bahan kisar hingga masak dan naik baunya.
3. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan kicap pekat. Kacau lagi.
4. Tambahkan garam dan gula secukup rasa. Kacau sebati.
5. Masukkan ikan senangin goreng tadi dan gaulkan dengan sambal masam manis tadi hingga mesra.
6. Sedia untuk dihidangkan.

Monday, May 3, 2010

AWARD LAGI DARIPADA SU MERSING


1) Siapakah kawan baik anda?
- Saya berkawan baik dengan semua orang yang ikhlas dan tulus hatinya dalam persahabatan. Salah seorang daripadanya adalah Maziah Mohamed.

2) 3 kenangan manis & 3 kenangan pahit
-KENANGAN MANIS
- Tidur sekatil bujang semasa tinggal di asrama.
- Kami sering berpegangan tangan sewaktu jalan beriringan (bukan lesbian tau)
-Kami selalu bertukar-tukar kuning telur dan putih telur sewaktu makan tengahari ketika kami tinggal di asrama. Kuning telur untuk beliau dan putih telur untuk saya. Hehe...

-KENANGAN PAHIT
- Ketika beliau berkahwin saya memang sedih sangat tidak tahu mengapa.
- Ketika berselisih faham.
-Suaminya tidak berapa ngam dengan saya sebab kami pernah bergaduh sehari sebelum beliau berkahwin dengan sahabat saya itu.



3) Kalau anda hanya diberi 1 minit untuk bersama kawan anda, apakah yang akan anda katakan padanya
- Apalah yang boleh sangat dikatakan dalam masa 1 minit ini. Kejam betul la. Haha... Saya akan katakan nanti saya akan telefon, sms, fb. Rindunya sudah lama tidak berjumpa. Mahu menitis air mata saat itu. Huhu...


4) Tag 3 rakan anda yang anda rasa mampu menjadi sahabat anda di alam blogger
- Yatie US yang cun tu. Kali ini giliran saya mendera dia. Hehe...
- Izzah Daut yang pandai membuat muffin
- Azatie yang penyayang

Sebenarnya semua rakan-rakan saya di alam maya ini mampu menjadi sahabat yang baik. Kalau boleh saya hendak tag mereka semua tetapi tugasan ini mengkehendaki saya memilih tiga orang rakan sahaja. Harap yang lain tidak terasa hati. :))

AWARD DARIPADA IZZAHDAUT

Assalamualaikum dan selamat petang semua. Award kali ini saya terima dari adik Izzah yang pandai buat muffin ini. Terima kasih banyak diucapkan atas kesudian beliau menghadiahkan award ini kepada saya. Semoga beliau dan keluarga sentiasa dirahmati Allah SWT dan silaturrahim yang terjalin di antara kami berpanjangan selamanya. AMIN...

Saturday, May 1, 2010

OLE-OLE DARI LANGKAWI


Kacang masin itu sahaja yang suami tidak beli, memang dapat percuma ketika menaiki kapalterbang. Saya memang suka kacang masin ini sebab rasanya memang sedap. Sekiranya suami outstation dan memerlukan beliau menaiki kapalterbang beliau tidak pernah lupa menyimpankan kacang masin ini buat saya dan anak-anak.


Assalamualaikum dan selamat malam semua. Alhamdulillah, malam semalam suami selamat sampai ke rumah setelah menghadiri mesyuarat di Langkawi. Berikut merupakan ole-ole yang dibeli oleh beliau di sana sewaktu masa senggang. Set vision dan 2 helai blouse linen dibelikan untuk saya. Untuk anak-anak beliau belikan berbagai jenis coklat, sotong dan kekacang. Coklat Guylian itu adalah permintaan dari Noor Hamimah. Hamimah saling tidak tumpah seperti arwah emak saya yang suka sangat makan coklat. Untuk suami sendiri beliau membeli dua helai kemeja linen.
Suami bercadang menambahkan set corelle yang sedia ada tetapi saya kata nanti-nantilah dahulu. Begitu juga ketika suami bersuara hendak membeli set vantage. Set vision ini pun tidak tahu hendak letak di mana. Saya memang teringin sangat memiliki set ini apatah lagi setelah adik saya Noni menggunakannya untuk menggoreng sayur campur dan kakak sulung saya memasak sup. Nampak cantik sangat. Hehe... Apa pun terima kasih yang tidak terhingga buat suami.