Hobi menjahit sulaman pangkah ini sudah bertahun saya tinggalkan. Saya menjahit sulaman pangkah ini dari sejak zaman anak dara lagi. Banyak jugalah hasil sulaman ini yang telah dibingkaikan dan sebahagiannya digantung di kampung. Lebih-lebih lagi waktu itu arwah mak suka melihat hasil tangan saya, apatah lagi setelah dibingkaikan. Arwah mak memang tidak pernah memuji tetapi arwah selalu melahirkan perasaannya dari gambaran air muka. Setelah berkahwin dan berpindah ke Johor Bahru keinginan masih ada tetapi tidak tahu hendak beli bahan jahitan di mana. Kemudian bila lahir anak ke dua, saya menghasilkan sulaman masjid, saya pun sudah lupa di mana saya membeli kelengkapan jahitan maklumlah anak saya pun sudah menginjak 11 tahun. Tidak seperti sulaman pangkah, ianya kena menggunakan penghidang untuk memudahkan jahitan. Kemudian setelah berpindah ke Bandar Putra, Kulai hobi ini bercambah semula hinggalah suami mengingatkan awak buat banyak-banyak ni nak gantung di mana, dinding dah penuh. Hehe... Jadi saya pun berhentilah. Sulaman pangkah gambar pemandangan ini saya hasilkan sewaktu tinggal di Kuantan tetapi tidak dibingkaikan. Sewaktu anak saya bersekolah menengah dan diberi tugasan oleh guru untuk menjahit sulaman pangkah barulah saya menjahit semula.Terfikir juga saya, bilakah saya dapat menghasilkan sulaman pangkah lagi...
Friday, November 6, 2009
Thursday, November 5, 2009
PARU GORENG BERLADA DAN ASAM PEDAS SIAKAP LAUT
Paru goreng berlada ini kesukaan Syuhadah, puteri pertama saya. Kalau makan nasi berlaku paru lembu (masak apa-apa pun) laju sahaja dia makan. Sekarang ini puteri ke dua saya Hamimah pun sudah berkongsi minat makan lauk paru ini. Sedap katanya, kalau tidak asyik makan nasi dengan kicap manis dan ikan. Sewaktu ke pasar tempoh hari saya yang minta suami belikan paru ini sebab teringat Syuhadah suka makan tetapi suami saya kurang setuju sebab menurut beliau tidak elok makan organ dalaman haiwan. Memang betul tetapi sesekali makan boleh bukan. Saya masak pun dalam 350 gram sahaja. Bukan apa, bila lihat anak-anak bersemangat makan berbunga rasa hati dan rasa seronok sangat. Sementara untuk suami saya masakkan asam pedas ikan siakap laut ( ikan ini pun baru jumpa sejak tinggal di Kota Bharu, biasanya siakap air tawar). Boleh dikatakan setiap minggu ada sahaja menu asam pedas yang saya masak. Masakan ini macam sudah sebati dengan suami sebab sejak zaman anak-anak dan bujang, memang inilah lauk yang kerap dihidangkan mertua. Kadang-kadang kuah asam pedas ini suami gemar cicah dengan roti bakar. Masakan seperti sweet sour dan stim memang suami tidak gemar. Jadi untuk jalan selamat masaklah asam pedas...
Wednesday, November 4, 2009
ASAM REBUS NENAS IKAN SELAR
Semalam pening juga kepala memikirkan hendak masak apalah dengan ikan selar yang comel lote ini. Semasa ke pasar dengan suami saya sudah buat-buat tidak nampak dengan ikan selar ini tetapi suami terpandang dan berminat hendak membeli. Sebenarnya saya minat juga makan ikan ini sekiranya digoreng, begitu juga dengan anak ke 2 saya Hamimah. Semenjak insiden Hamimah tercekik tulang ikan ini, saya sudah kurang berminat memasaknya. Akhirnya saya masak asam rebus nenas kegemaran suami. Selebihnya saya goreng garing. Alhamdullilah, mendapat sambutan juga.
Monday, November 2, 2009
MENU HARI INI
Hari ini saya masak sup ayam hadnyai yang saya cedok dari resepi kak ummi. Terima kasih kak. Sedap sungguh sup ini dimakan dengan nasi yang masih panas bersama ayam goreng (hodohnya rupa) dan berulamkan timun. Ayam goreng cina ini pula memang kegemaran suami dan anak-anak gadis saya. Cara menyediakannya senang sahaja iaitu cuma tumbukkan bawang merah dan bawang putih. Selalunya untuk separuh ayam saya gunakan 2 biji bawang merah dan 3 biji bawang putih yang agak besar. Setelah siap ditumbuk campurkan dengan kicap pekat dan sos tiram. Gaul rata pada ayam dan perapkan. Lebih lama diperap, lagi sedap dan menyerap rasanya. Hehehe.... Part yang saya tidak suka adalah ketika menggoreng ayam ini. Sudahlah meletup-letup, sisa gorengannya melekat di kuali dan payah hendak membersihkannya. Last2 saya gunakan kuali non stik habis cerita tapi bab meletup-letup tu tak dapat den nak nolong. Oleh kerana suami dan anak-anak gemar makan saya berkorbanlah takut kena minyak panas. Tadi saya sudah siap melenyek ubi keledek untuk dibuat keria. Hari tu buat suami tidak merasa kerana outstation, kasihan pula. Kalau sudah siap diuli dan dibentuk-bentuk bolehlah disimpan di peti sejuk sebab suami outstation lagi. Bila hendak dimakan tinggal goreng sahaja.
Sunday, November 1, 2009
OLE-OLE DARI VIETNAM
Penghujung Julai tahun lepas suami saya telah menyertai rombongan Tan Sri Muhiddin Yasin membuat lawatan perdagangan ke Vietnam. Kalau tidak silap saya beliau berada di sana 4 hari 3 malam. Ingat-ingat lupalah sebab sudah setahun lebih beliau ke sana. Sebelum bertolak suami bimbang sukar mencari makanan halal di sana tetapi sangkaan suami meleset sebab di Vietnam ada juga restoran muslim yang menghidangkan masakan Padang. Semasa beliau di sana, hanya sms menjadi penghubung bicara. Hehehe... Saya ini sejak mendirikan rumahtangga 15 tahun dulu memang sering ditinggal suami bertugas outstation tetapi Vietnam inilah tempat yang paling jauh. Mula-mula suami ditugaskan ke Jakarta tetapi program itu dibatalkan. Selepas saya tidak berkerja dan sewaktu anak-anak masih kecil, kami rajin juga mengikuti suami outstation. Namun setelah anak-anak menginjak usia belasan tahun jika hendak mengikut suami ke mana-mana kenalah tunggu waktu cuti sekolah. Oleh kerana jadual lawatan yang padat suami tidaklah dapat pergi membelibelah. Menurut suami jalanraya di sana amat sesak dan kenderaan bersimpang siur tetapi peliknya tiada pula kemalangan seperti di sini. Suami sempat juga pergi ke pasar malam namun pengunjungnya macam semut dan lebih sesak dari pasar borong Wakaf Che Yeh ketika menjelang hari raya. Menurut suami lagi hampir keseluruhan wanita Vietnam bekerja dan mereka rajin bersenam seawal pagi. Kebanyakkan dari mereka juga jelitawan kerana berdarah campuran Amerika. Suami pula hanya dapat membeli alas meja makan, lapik gelas minuman, cermin muka (sebagai cenderhati untuk kawan-kawan anak) dan 4 pasang sutera Vietnam (untuk saya, anak-anak dan mak mertua).
Subscribe to:
Comments (Atom)