Friday, November 9, 2012

SUP DAGING ALA MAMAK



Assalamualaikum dan selamat malam semua. Kali ini kita kongsikan pula resepi sup daging ala mamak. InsyaAllah tidak rugi mencuba hasil gabungan beberapa resepi yang saya tinjau dari internet. Selain dilawankan dengan nasi panas bersama sambal kicap, enak juga dicicah dengan roti mahu pun dimakan dengan mee dan bihun.



Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

500 gram daging - hirip nipis
3 biji bawang sederhana besar kisar
3 ulas bawang putih kisar
11/2 inci halia kisar
2 batang serai kisar
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
1/2 paket kecil rempah sup adabi
1/2 paket kecil rempah kurma faiza
2 biji kentang - potong ikut suka
1 batang lobak merah - potong ikut suka
2 biji tomato - potong ikut suka
garam
serbuk perasa knorr
air secukupnya
hirisan daun sup
bawang goreng secukupnya

Cara-caranya:

1. Panaskan sedikit minyak dan tumis rempah 4 sekawan hingga berbau harum. Masukkan bahan-bahan kisar. Tumis hingga pecah minyak.
2. Masukkan daging dan tambah air secukupnya.
3. Campurkan rempah sup dan rempah kurma bersama sedikit air dan jadikan pes. Ketepikan.
4. Bila kuah sudah mendidih, masukkan pes rempah tadi dan kacau mesra.
5. Masak hingga daging empuk.
6. Masukkan kentang dan lobak merah - jika kedua2 bahan ini dimasak sehabis lembut lagi sedap rasa kuah sup tu.
7. Rasakan dengan garam dan serbuk knorr.
8. Masukkan potongan tomato, bila kuah menggelegak tutup api.
9. Hidangkan bersama hirisan daun sup dan bawang goreng.

4 comments:

  1. nyum!nyum!bolehla mask weekend nanti,ye :)

    ReplyDelete
  2. suka sgt...byk yg dikongsi kt sini,kesihatan keluarga mmg bermula dr masakan dan resepi yg sihat seta seimbang...jom singgah ke blog sy<kita sama2 kongsi ilmu...www.mysufisecret.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. nyam nyam nyam....
    sepertinya enak banget nih :D

    ReplyDelete