Friday, November 9, 2012

KUIH BAKAR KENTANG SIMPLE


Assalamualaikum dan selamat malam semua. Satu lagi entri tertunda saya adalah kuih bakar kentang yang simple. Resepi kepunyaan kenalan bernama Ibu Zai dari satu group masak-masak di internet. InsyaAllah, memang sedap dan tidak rugi mencuba. Sukatannya yang sedikit juga amat sesuai kerana hanya saya sahaja yang suka makan kuih bakar ini di rumah.




Bahan-bahannya adalah:

1 cawan tepung
1 cawan gula - boleh kurangkan jika tidak suka manis
1 cawan pati santan 
1 cawan air
1-2 sudu besar minyak sapi cair
1 cawan kentang lenyek
sedikit bijan

Cara-caranya:

1. Masukkan semua bahan kecuali bijan dalam mangkuk besar dan kacau sebati.
2. Kemudian masukkan ke dalam pengisar dan kisar hingga halus.
3. Lenserkan loyang pembakar dengan minyak dan masukkan adunan tadi. Taburkan bijan.
4. Bakar dengan suhu 190C sehingga masak dan agak garing.
5. Biar sejuk barulah dipotong.

2 comments:

  1. singgah sini....nak tgk kuih bakar kt dapur sini...

    ReplyDelete
  2. yum yum...hee..blog walking here..singgah ler blog sy gak kat http://precioushandsatelier.blogspot.com/ tgk bunga2 cantik mekar dlm cara berbeza ssuai utk deko umah anda..

    ReplyDelete