Thursday, September 29, 2011

TOMYAM PUTIH CAMPUR



Assalamualaikum dan selamat petang semua. Sementara menanti suami pulang dari Kuala Lumpur dan Adham leka bermain permainan barunya, bolehlah saya membuat entri tentang masakan tomyam putih saya ini. Pertama kali mencubanya, alhamdulillah kena dengan selera. Betapa segar dan enak menghirup kuahnya yang masam, masin, lemak, manis dan beraroma serai dan daun limau purut. Syuhadah pula berkali-kali mengulang makan tomyam ini.
Untuk resepinya saya sertakan di bawah...

Bahan-bahannya:

1/2 ekor ayam saiz kecil - dicincang kasar
5 batang serai dititik
3 biji bawang besar dipotong 8
3 ulas bawang putih diketuk
11/2 inci lengkuas diketuk
cili padi dititik - kuantiti ikut suka
jus limau nipis semasam rasa
5 helai daun limau purut disiat
1 liter air rebusan ayam
sedikit sotong basah
sedikit udang basah
2 paket cendawan tiram - disiat
1 paket putik jagung - dipotong ikut suka
1 batang lobak merah - dipotong ikut suka
1 genggam brokoli - dipotong
1 genggam bunga kobis - dipotong
2 biji tomato saiz besar - potong baji
sedikit daun ketumbar - dihiris
garam dan gula secukupnya
sedikit perasa

Cara-caranya:

1. Rebus ayam bersama bawang besar, bawang putih, cili api, serai, lengkuas bersama air rebusan ayam secukupnya.
2. Apabila kuah mendidih dan ayam mulai empuk, tambahkan dengan sotong dan udang. Masukkan daun limau purut dan jus limau nipis secukupnya.
3. Masukkan brokoli, putik jagung, lobak dan kubis bunga.
4. Apabila sayuran agak layu masukkan cendawan tiram dan tomato.
5. Masukkan garam, perasa dan gula secukup rasa.
6. Biarkan seketika di atas api bolehlah dihidangkan panas-panas bersama hirisan daun ketumbar.

*untuk mendapatkan lebih kuah tomyam bolehlah dicampur dengan air biasa semasa memasaknya*


Untuk yang ini, saya celurkan bihun dan jadilah bihun tomyam putih campur.


6 comments:

  1. salam anis,lama xbuar tomyam camgini.cam terasa2 je kesedapan tomyam.Esok nk masak tomyam lah...kecur tgk tomyam anis:D

    ReplyDelete
  2. As salam kak anis,
    Nampak sgt menyelerakan tom yam putih yg akak msk ni. Saya tgk je la tom yam ni sbb ada udang...huhu...

    ReplyDelete
  3. Assalam anis, sedapnya mkn tomyam dengan telur dadar, tak ada lauk lain pun tak pe, boleh bertambah2 mkn ni hehe, mmg sedap je nmpk

    ReplyDelete
  4. atie:
    waalaikumussalam atie. buatlah atie, main rebus2 aje. hehe...

    en daun:
    waalaikumussalam en daun. akk tak alergik udang tp tak minat mkn udang. biasanya masakan yg diletak udang dlmnya akan rasa manis semulajadi. penambah rasa. hehe...

    liza:
    waalaikumussalam liza. sy pn goreng telur dadar ms masak tomyam ni. hehe... mmg dah lengkap rasanya hidangan nasi putih, tomyam n telur dadar.:)

    ReplyDelete
  5. sedapnya....terliur rasa nk masak la harini

    ReplyDelete
  6. smlm try wat tomyam ni.. tapi pakai ayam saja... best..

    ReplyDelete