Wednesday, September 28, 2011

IKAN MASAK STIM



Assalamualaikum dan selamat malam semua. Pertama kali mencuba masakan ikan kukus ini. Memandangkan suami 'outstation' saya pun cubalah mana-mana resepi yang suami tidak sukai. Resepi saya ambil dari MyR, ilham masakan dari Mat Gebu. Terima kasih buat Mat atas resepi ikan masak stimnya. Mudah dan sedap juga.
Resepinya saya salin dan lampirkan di sini terus dari MyR...

Bahan-bahannya:
  • 1 ekor ikan siakap (ikan merah/kerapu atau ikan bawal putih pun ok)
  • 1/2 camca teh garam
  • 1/2 camca teh tepung jagung
  • 1/2 camca teh lada sulah
  • 3 camca besar jus limau kasturi*
  • 1 1/2 camca besar minyak masak*
  • 1 1/2 camca teh gula*
  • 1/2 camca teh garam*
  • 5 – 10 biji cili padi, dihiris*
  • 2 batang serai, dihiris halus*
  • 1/2 kuntum bunga kantan, dihiris*
  • 1 helai daun limau purut, dihiris halus*
  • 1/2 inci halia muda. dihiris halus*
  • 2 ulas bawang putih, dihiris halus*
  • 1/2 camca teh tepung jagung*
  • 1/2 camca teh serbuk pati ikan bilis atau 1/2 kiub pati ikan bilis maggi*
Cara-caranya:

  1. Ikan dicuci bersih dan lumurkan dgn garam, tepung jagung dan serbuk lada sulah. Ketepikan sementara membuat sosnya.
  2. Dalam satu bekas satukan kesemua bahan sos (yang bertanda ‘*”) hingga sebati. Ketepikan.
  3. Panaskan kukusan dan sediakan bekas tahan panas. Letak ikan tadi ke dalam bekas tahan panas dan tuangkan sosnya rata termasuk bahagian dalam belahan perutnya. Kukus kurang lebih 10 minit bergantung pada saiz ikan atau apa bila daging ikan bertukar menjadi putih. Siap untuk dihidangkan dgn nasi hangat.
  4. Selok-eloknya dimakan segera selepas proses mengukus.
*Bunga kantan tiada dalam stok, lupa hendak beli masa ke pasar hari itu jadi saya tambahkan dengan hirisan lobak merah dan daun bawang*



4 comments:

  1. sedapnya tu kak anis...baru dok rancang nak makan kepala ikan...bila nak dapat ni

    ReplyDelete
  2. cheq sue.
    g kat pasar cari mesti jumpa punya. hehe...

    ReplyDelete
  3. As salam Anis...
    lama betul tak kemari..Anis n family sihat?
    meriah sungguh stim ikan anis ngan sayur mayur..hehehe

    ReplyDelete
  4. As salam,
    Ikan drp spesis kerapu yg plg best nk masak stim mcm ni.

    ReplyDelete