Thursday, September 22, 2011

PUDING KUAH YATIE



Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Hampir sebulan saya tidak membuat entri baru di sini. Maklumlah blog ini pun dihadirkan sekadar suka-suka. Bila ada masa terluang, dikurniakan kerajinan dan ilham saya menulislah.
Ramadhan lepas saya ada meminta keizinan dari Yatie blogger 'Sinar Kehidupanku' untuk mencuba resepi puding beliau. Saya amat tertarik dengan puding kuah hasil dari air tangan beliau. Nampak cantik sahaja sepertimana tuan yang membuatnya. Terima kasih Yatie. Memang sedap sepertimana rupanya.
Saya biasa membuat puding kuah ini sebab memang pencuci mulut kegemaran saya dan selalunya saya campurkan kisaran halus jagung dalam tin di dalam adunan kastardnya.
Jom kita lihat resepinya. Yatie, izinkan akak c&p di sini pula ya. Terima kasih daun keladi, hehehe.


Bahan2 Utk Puding
  • 1 cwn tepung kastard
  • 4 1/2 cwn air
  • 1/2 cwn susu cair
  • 1/2 cwn gula
Cara-Cara
  1. Satukan tepung kastard bersama gula, susu cair dan air. Gaul semuanya.
  2. Masak di atas api sederhana sehingga agak pekat dan kacau sentiasa. Biasanya dlm anggaran 20 minit. Setelah agak pekat, matikan api dan tuang dlm bekas2 kecil atau loyang.
  3. Biarkan sejuk sebentar dan simpan dlm peti sejuk. Setelah beku barulah boleh di hidangkan.
Bahan Utk Kuah

  • 1 tin buah-buahan dalam tin
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin air biasa (air masak)
  • 1 cwn gula( terpulang pd masing2 ya..)
  • ketulan ais secukupnya
Cara-Cara
  1. Masak gula bersama air(sekadar gula hancur je..). Setelah itu biarkan sejuk.
  2. Setelah air gula sejuk, bolehlah tuang buah-buahan dalam tin dan susu.
  3. Ambil puding tadi dan masukkan kedlm mangkuk...tuangkan kuah yg bercampur buah-buahan dalam tin.
  4. Sedap di makan ketika sejuk. Boleh juga di letak ketulan ais.
**Biasanya saya guna air masak biasa campur dngn susu cair dan gula saja. Lepas tu tuangkan buah laici.Gaul sebati dan letak sedikit ketulan ais. Barulah di hidangkan bersama puding kastard.


3 comments:

  1. Salam, x lambat lg ye nak cucap selamat hari raya pada anis sekeluarga,...sdp npk puding kuah tu....buat pencuci mulut time rmh tebuka mmg sesuai

    ReplyDelete
  2. As salam kak anis,
    Lama tak berasap dapur akk ni.. Puding ni kiranya mcm pepatah 'lembu punya susu, sapi dapat nama' sbb akak yg masak tp Yatie yg dpt nama..hehe..
    Mesti sdp 'Puding Kuah Anis' kan.. nama baru yg saya beri tu..

    ReplyDelete
  3. waalaikumussalam shiela.
    selamat hari raya juga. hehe... masih ada lbh kurang 2 hari lg.:) mmg sedap n segar rasa puding ni, tetamu mesti suka.:)

    waalaikumussalam en daun.
    hehe... tak mengapalah en daun akk ambil sempena nama tuan punya resepi puding ni.:)
    sedap sesuai sgt mkn ms cuaca panas, berbuka puasa n tetamu rumah terbuka.:)

    ReplyDelete