Sunday, September 25, 2011

24 SEPTEMBER ...

Adham tak sihat. Demam, selsema dan batuk. Saya pun turut tidak senang hati dengan keadaannya..



Hidangan kami petang semalam tomyam seafood, sayur campur, telur dadar dan butter prawn. Rasa tomyamnya lebih sedap di Restoren Ritz Boutique, Kota Bharu begitu juga dengan butter prawnnya.


Ikan jenahak bakar sambal memang sedap. Kalau boleh saya hendak cuba resepi sebegini. Suami dan anak-anak pun suka...


Assalamualaikum dan selamat petang semua. Semalam 24 September hadir lagi, bertambahlah umur saya setahun lagi. Alhamdulillah, Allah SWT mengurniakan kesihatan dan keluarga yang bahagia. Rezeki juga sentiasa ada walaupun saya seorang surirumah. Hehe...
Semalam suami mengajak saya dan anak-anak ke Top Spot, tempat yang menyediakan makanan laut untuk meraikan harijadi saya yang ke 42 tahun. Sebelum itu suami sudah awal-awal menghadiahkan saya handphone baru iaitu HTC Salsa dengan line internet sekali. Alhamdulillah dan terima kasih buat suami.

4 comments:

  1. Asssalam Anis selamart hari lahir anis semoga pjg umur, murah rezeki dan bahagia sokmo...best hadiah tu

    ReplyDelete
  2. As salam kak anis,
    Saya pn mcm akk saya kat atas tu..nk wish happy bithday buat akak. Didoakan semoga akak mendapat kebahagiaan, dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan sentiasa berada dalam lindunganNya..

    ReplyDelete
  3. rosaliza.
    waalaikumussalam. aaminn, t.kasih ya.:)

    chik mimi.
    terima kasih.:)

    en daun.
    waalaikumussalam en daun. aaminn, sama2lah kita ya. t.kasih.:)

    ReplyDelete