Wednesday, January 12, 2011

PUCUK MIDIN TUMIS BELACAN, SAMBAL UDANG DAN KEMBONG MASAK KICAP

pucuk midin goreng belacan

Bahan-bahannya:

1 ikat pucuk midin
sedikit belacan
1 biji bawang besar dihiris
1 biji bawang putih dihiris
2 biji cili merah dihiris
3 biji cili api dihiris
sedikit ikan bilis halus
garam

Cara-caranya:

1. Panaskan sedikit minyak dan goreng ikan bilis hingga agak garing.Masukkan bahan-bahan yang dihiris bersama belacan. Kacau sebati hingga layu dan belacan hancur.
2. Tambahkan garam, kacau lagi dan masukkan pucuk midin dan gaul sebati.
3. Tutup api bila pucuk midin tadi mulai layu dan sudah masak.



sambal tumis udang

Bahan-bahannya:

500 gram udang saiz sederhana dibuang kulit dan tinggalkan hanya ekornya
19-21 tangkai cili kering dikisar
sedikit belacan
2 biji bawang besar dikisar
1 biji bawang kecil dikisar
air asam jawa secukupnya untuk mengisar
sedikit garam, gula dan serbuk perasa

Cara-caranya:

1. Panaskan minyak dan goreng udang hingga separuh masak dan ketepikan.
2. Dengan lebihan minyak tadi tumis bahan-bahan kisar bersama belacan hingga pecah minyak dan naik bau.
Tambahkan dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
3. Masak sambal lagi hingga tanak dan masukkan udang. Gaul sebati dan tutup api. Boleh tambahkan dengan hirisan bawang besar jika suka.



ikan kembong masak kicap

Bahan-bahannya:

2 ekor ikan kembong sederhana besar digaram kunyit dan digoreng.
1 biji bawang besar dimayang
1 biji bawang putih dihiris
3 biji lada merah dihiris
sedikit air asam jawa
sedikit kicap manis
sedikit kicap masin

Cara-caranya:

1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan hiris hingga layu.
2. Masukkan kicap manis dan kicap masin diikuti dengan air asam jawa. Bila sudah masak, masukkan pula ikan yang digoreng tadi.
3. Gaul sebati dan bolehlah dihidangkan.


Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Menu di atas merupakan hidangan saya dan keluarga semalam. Tidak sempat hendak berkongsi semalam sebab sejak anak-anak mulai bersekolah rutin harian saya tambah sibuk seawal pukul 5am. Menyiapkan sarapan pagi dan bekalan makanan untuk anak-anak ke sekolah. Apatah lagi bujang kecil kesayangan saya sudah ke tadika.
Hujan lebat berserta angin kencang melanda Kuching semalam. Hari ini alhamdulillah sinar matahari mulai mencelah di balik awan. Mudah-mudahan panas akan sampai ke petang sebab kasihan melihat anak-anak yang berhujan pergi dan balik dari sekolah. Walaupun berpayung dan berkenderaan tetap juga basah.
Masakan yang ringkas untuk selera yang sederhana. Jom jamu mata dan kongsi resepi walaupun rasanya ramai yang sudah pakar menyediakannya. Sekadar suka-suka...

6 comments:

  1. Salam kak anis,
    Masa duk kat negeri tcinta sblm ni mmg selalu dpt mkn sayur pucuk midin ni tp sejak pindah ke sini, dh tak merasa kesedapan pucuk midin ni. Kat pasar pn org tak jual. Kalau sayur lemak putih mmg sdp.

    ReplyDelete
  2. Salam, Kak Anis. Pucuk Midin tu sama tak macam Pucuk Paku? Tak pernah dengar pulak..

    ReplyDelete
  3. Salam Anis..apa kabar?rindunyaaa ngan Anis.lama xsinggah sini jgk.bkn apa menjak ada 2 blog nie rasa bz lak nk handle(wah!cam blog atie tue glamour sgt..hihi)..ngan tugas sebagai surirumah lg.walaupon lama xsinggah,atie ingat kt Anis tau!!Byk resepi Anis yg sedap2 dh atie ketinggalan...semoga Anis ceria selalu..

    ReplyDelete
  4. teringat masa makan kat sarawak..sedap dan rangup. kat sini tak jual pun

    ReplyDelete
  5. salam en daun.
    akk tak penah jumpa pucuk midin ni ms di kb tp klu pucuk paku mmg byk kat pasar. klu pucuk paku tu mmg sedap masak lemak. anak akk yg tak makan sayur pn blh suka.:))

    salam yusa.
    sama tp tak serupa. hehe... blh tgk kat google gmbrnya.:))

    salam atie.
    alhamdulillah atie, sy sihat. t.kasih sudi bertny kbr. sy pn dah lama tak jenguk blog kwn2. sy pn sama, atie ttp dlm ingatan. kdg2 kesibukkan membataskan kita bersantai di blog mcm dulu2. hehe... t.kasih, mudah2an atie pn sama.

    salam tuya.
    mmg sedap dan rangup. akk pn baru blaja masak n makan. kat umah ni akk dgn anak yg sulung je yg mkn setakat ni. hehe...

    ReplyDelete
  6. rasanya yg hijau ni org panggil pucuk paku. yg merah tu baru pucuk midin. mungkin di serawak dipanggil pucuk midin yg hijau ni.

    ReplyDelete