Thursday, January 20, 2011

NASI GORENG SOTONG


Assalamualaikum dan selamat petang teman blogger semua. Hari ini saya hanya masak nasi goreng sotong untuk makan tengahari buat saya dan anak-anak. Suami outstation lagi dan lagi. Minggu ini hanya semalam sahaja di rumah. Anak-anak sejak sekolah hanya makan sekali sehari itupun perlu disuruh. Malam ini kami beli burger sahajalah untuk mengalas perut. Jom kita kongsi resepi lagi....



Bahan-bahannya:

4 cawan nasi - saya guna basmati
500 gm sotong saiz kecil
2 biji telur
2 biji cili merah
3 biji cili api
5 biji bawang merah
2 biji bawang putih
sedikit belacan
sedikit udang kering
1 sudu kecil serbuk cukup rasa
1 sudu besar kicap masin
1 sudu besar sos tiram
secubit garam

Cara-caranya:

1. Kisar kasar cili merah, cili api, bawang merah, bawang putih, belacan dan udang kering.
2. Panaskan sedikit minyak dan tumis sotong hingga airnya kering.
3. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau. Pecahkan telur dan kacau sebati.
4. Tambahkan dengan sos tiram, kicap masin, serbuk cukup rasa dan garam. Kacau sebati.
5. Masukkan nasi diikuti dengan sotong. Gaul hingga nasi dan sotong mesra dengan bahan-bahan kisar yang ditumis tadi dan bahan-bahan lain.
6. Kalau suka boleh tambah sayuran sebab saya memang tiada stok sayuran di rumah jadi masak apa yang ada sahaja.

8 comments:

  1. Salam kak anis,
    Ni baru betoi nasi goreng sotong.. Punya la byk sotong smpai penuh satu pinggan. Siap ada perisai mentimun lg kat tepi. Takut org curi sotong tu kot..hehe.. Mahsuri sy suka buat nasi goreng ni. Tak kira apa jnis, bila nk mkn msti dia buat.

    ReplyDelete
  2. Sedapnya nampak.....
    boleh cuba ni.

    ReplyDelete
  3. sedapnya anis, terliur nengok sotong tu..hehe

    ReplyDelete
  4. salam en daun.
    first time masak nasi goreng ni. anak yg ke 2 tak suka sotong pn makan sama. anak yg sulung siap puji, sedap la nasi goreng mak ni rasanya lain dr biasa. apa taknya biasa masak nasi goreng kampung ja. hehe...

    salam mamaleta,
    cubalah, mudah n insyaAllah sedap.:))

    salam nieza.
    akk dah tak tau nak buat apa dengan sotong2 yg comel ni. masak simple n kebetulan abg takde, klu dia ada takde chance nak masak sempoi mcm ni. haha....

    ReplyDelete
  5. baru kejap tdi masak n.goreng sotong ni...mmg sedap..

    ReplyDelete
  6. nak cuba,, tapi x pandai masak,, haha

    ReplyDelete
  7. dapnye . nk try la . dh rendam sotong pom

    ReplyDelete
  8. klau xde belCan ngn udg kering boleh ke..

    ReplyDelete