Wednesday, December 29, 2010

KAMBING MANIS MASAKAN JAWA


Assalamualaikum dan apa khabar semua. Lama sungguh saya tidak menulis di blog ini. Sejak pindah ke Kuching hampir 3 bulan ini saya bagaikan hilang minat hendak berblog. Apa pun saya ucapkan ribuan terima kasih kepada yang masih sudi menjenguk dan bertanya khabar. Yang meninggalkan pesanan ataupun tidak. Saya amat menghargainya.

Kambing manis masakan jawa ini resepinya saya ambil dari buku resepi 'dari dapur zarina'. Buku resepi yang 17 tahun lebih lamanya dalam simpanan saya. Merupakan hadiah dari suami semasa majlis 'sarung cincin' pertunangan dulu. Maklumlah saya memang tidak begitu pandai memasak apatah lagi dengan pergerakan saya yang serba lambat tentulah beliau takut kelaparan bila beristerikan saya nanti. Hahaha...

Mari kita kongsi resepi Puan Zarina ini, rasanya memang sedap dan seakan-akan sate. Apa pun selera suami lebih kepada dimasak kari. Maaflah ya bang....



Bahan-bahannya:

500 gm daging kambing - dihiris ikut suka
8-10 tangkai cili kering
2 batang serai
sedikit lengkuas
sedikit halia
sedikit air untuk mengisar
2 sudu besar ketumbar kisar
1 sudu kecil jintan kasar kisar
1 sudu kecil jintan halus kisar
2 keping asam keping dihiris
garam dan gula secukup rasa

Cara-caranya:

1. Kisar lada kering, serai, lengkuas dan halia tetapi jangan terlalu halus.
2. Perapkan daging kambing tadi dengan bahan-bahan kisar, ketumbar, jintan kasar dan jintan halus sekurang-kurangnya 1 jam atau kalau hendak lagi sedap semalaman.
3. Panaskan minyak dan tumis perapan daging kambing tadi bersama hirisan asam keping.
4. Masukkan 1 cawan air dan masak dengan cara merenih hingga daging empuk.
5. Rasakan masin dan manisnya secukup rasa.
6. Masak hingga kuah menjadi pekat.

3 comments:

  1. Salam Rindu Kak Anis....nmpk menyelerakan tul daging kambing manis ni...kalau suami Yatie suka lauk mcm ni....dia tak kisah...kalau Yatie cuba sesuatu masakan yg baru lagi dia suka...sbb ada kelainan sikit...moga akak terus berkongsi menu2 yg sedap di sini ya..

    ReplyDelete
  2. Salam kak anis,
    Lama sungguh akk menghilangkan diri dr dunia maya ni. Akk dn famili apa khbr? Semua ok kat S'wak kn. Sy igt kot akk dh nk bsara dr penulisan ni. Rindu tu nk tgk menu akk..hehe.. Hr ni tnampak la pulak menu masakan kambing ni. Daging kambing mmg feberet sy.

    ReplyDelete
  3. salam rindu yatie.
    sesekali tukar menu mmg best yatie. klu masak menu yg serupa je jd malas nak masak. hehe... suami akk plk suka kari je. hehe... insyaAllah klu ada kelapangan kita akan berkongsi resepi lg.:))

    salam en daun.
    dah lama tak jumpa ya. hehe... alhamdulillah sihat semuanya, di sarawak oklah juga. lg pn segala2nya masih baru. mula2 tu ingat nak pencen gak tp ada yg rindu tu le rajin2kan diri. hehe...

    ReplyDelete