Thursday, December 30, 2010

KEK BATIK


Assalamualaikum. Satu lagi resepi untuk entri hari ini yang saya ambil dari MyR oleh mrsdayat. Terima kasih ya puan. Kek batik ini dari umur 16 tahun saya dah buat sebab mudah dan sedap. Teman sekelas yang ajarkan, malangnya saya sudah lupa namanya. Bayangkan sekarang umur pun sudah melewati 41 tahun. Hehe... Resepi yang berbeza daripada apa yang saya pernah buat. Apa pun sesuai sangat sebab tidak terlalu manis.
Biskut marie ini dibeli masa kami bercuti di Kuala Lumpur dan terbiar sepi di dalam peti sejuk. Suami yang teruja membeli pun seperti tertutup selera hendak mengunyahnya. Syuhadah bertanya dengan saya, "Biskut apa ni mak? Tak sedapnya. Rasa apa entah." Jadi daripada terbazir begitu sahaja baik saya buatkan kek batik. Hehe... Dan bila sudah bertukar wajah serta rasa, berselera sahaja.



Bahan-bahannya:

1 paket biskut marie - dipatah 4
2 biji telur
1/2 buku butter - saya lebihkan sedikit
1 cawan koko
1/2 cawan milo - saya guna vico
2 biji telur
3/4 cawan gula
1 cawan air

Cara-caranya:

1. Masukkan koko, vico/milo, air dan gula dan panaskan hingga campuran ini mencair dan sebati.
2. Dengan api perlahan masukkan butter hingga larut.
3. Masukkan pula telur yang telah dipukul sedikit dan kacau sebati.
4. Masukkan biskut marie, gaul lagi.
5. Masukkan campuran tadi dalam loyang dan dimampatkan. Biar selama 1 jam atau lebih dalam peti sejuk barulah dipotong-potong.

*saya tambahkan 1 sudu kecil serbuk gelatin di dalamnya.

5 comments:

  1. suka kueh ni, tapi belum pernah cuba, nampak senang kan.

    ReplyDelete
  2. Salam , Kek batik memang sedap....

    ReplyDelete
  3. salam cekWa.
    kuih paling mudah nak buat ni. hehe... cubalah, insyaAllah pasti menjadi.:))

    salam hamsini.
    betullah tu. tp org bulat n berumur mcm akk tak blh mkn selalu. haha...

    ReplyDelete
  4. Salam kak anis,
    Lps ni akk buat la kek lapis Sarawak pulak ye. Dh duk kat S'wak ni kna la buat kek Sarawak..
    Selamat tahun br 2011 buat akk sefamili. Semoga segala azam dn impian akk akn tercapai pd thn baru ini.

    ReplyDelete
  5. salam en daun.
    nak blajar buat laksa sarawak dulu sbb ianya tak serumit kek lapis sarawak. hehe...
    selamat tahun baru buat en daun n keluarga juga. t.kasih atas ucapan n doa. mudah2an en daun pn begitu juga.:))

    ReplyDelete