Monday, June 27, 2011

SEKADAR SELINGAN...


Assalamualaikum, apa khabar semua. Lamanya saya tidak membuat entri terbaru. Diam tak diam , sudah melewati 2 bulan rupanya. Rindu juga dengan teman-teman blogger yang lain. Namun kekangan masa membuatkan saya jarang-jarang mengadap pc mahu pun laptop. Di tambah saya baru berpindah rumah yang berdekatan dengan sekolah tadika anak lelaki.
Rutin harian saya juga bertambah dengan mengambil anak pulang dari sekolah. Alhamdulillah, dalam melewati usia yang menghampiri 42 tahun September nanti, akhirnya saya dapat juga lesen P.
Cuti persekolahan yang lepas saya dan keluarga terbang pulang ke kampung halaman. Sama-sama meraikan majlis pernikahan adik bongsu suami. Walaupun penat namun rasa seronok tetap ada. InsyaAllah penghujung Ramadhan nanti akan pulang lagi.
InsyaAllah juga kalau punya masa senggang blog masakan suka-suka saya ini akan terus bernafas...

4 comments:

  1. salam kak..harap sihat2 yer..akak dah dpt lesen P..saya bawak kete pon tak retilg..hehe

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam anna.
    muda2 ni blajar bagus. masih berani dan mudah tangkap. mcm akak ni dah berumur, dah ada lesen pn klu memandu kena berani2kan diri. hehe...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum K.Anis,
    rindunya kat akak..lama tak bersiaran ya kak...harap akak sekeluarga baik2 saja...

    ReplyDelete
  4. waalaikumussalam yatie.
    mmg dah lama tak berblogging. hehe.... alhamdulillah, t.kasih yatie.

    ReplyDelete