Thursday, July 30, 2009

WAJIK DURIAN




Sabtu lepas saya dan keluarga pergi ke Pantai Timur, Pengkalan Chepa. Pantai Timur ni hypermarket. Tujuan kami nak cari makanan anak lelaki yg masih belum mahu makan nasi. Tgk nasi pn dia blh loya, susah jg hati saya bila mengenangkannya. Kesihan pn ada. Mudah2an Allah bukakan seleranya nanti. Kebetulan ada pasar malam di sebelahnya. Pantai Timur ni juga dekat dengan Universiti Malaysia Kelantan. Teringat saya sewaktu tahun lepas menghantar anak kakak sulung saya yang bongsu di situ. Berderai air mata kakak saya sewaktu melepaskan anak lelakinya itu. Saya pn turut sebak tp tak lama anak saudara saya di sini sebab beliau dapat melanjutkan pelajaran ke Indonesia dlm bidang kedoktoran tajaan MARA. Berbalik pada pasar malam tu. Meriah betul suasananya dengan pengunjung yg ramai sampai bersesak2. Saya jd rimas dlm keadaan begini. Al kisahnya ternampak le saya satu gerai menjual kuih muih. Di situ le saya terpandang wajik. Hajat hati nak beli sepotong (sbb ahli keluarga yg lain tak minat) tp tak jd sbb saya dah serik. Pernah dulu beli tp kuihnya punya lah manis. Jd saya simpan le angan2 nak buat sendiri. He he.. Jadi ini le gambar wajik yg saya buat (kali pertama). Alhamdulillah, jadi le jg. Saya tambahkan durian. Tp tidak le sesedap wajik durian buatan arwah mak. Emak mmg suka buat wajik terutamanya semasa Aidil Adha. Ingat lagi saya masa kecik dulu menjadi kewajipan saya melihat mak buat kuih. Arwah memang mahir membuat kuih2 tradisional. Kadang2 mcm rasa nak cecah je tangan dlm bancuhan kuihnya. He he.. Tp sekarang mak dah tak ada dan tak ada seorang pn boleh gantikan mak di dunia ni. Begitu jg dengan keenakan rasa apa jg makanan yg terhasil dari air tangannya.. Seingat saya kali terakhir mak buat kuih wajik pada Hari Raya Haji 2001, waktu tu arwah dah mula sakit2 tp kerana anak2 arwah gagahkan diri jg mengacau wajik. Selalunya arwah buat sendiri tp menurut beliau kali ini abang turut menolong. Wajik yang siap dikacau dan masak arwah letakkan dlm dulang enamel besar yang dialas daun pisang. Bila kami semua nak pulang ke rumah masing2 pada hari raya ke 2, arwah potong2 dan masukkan wajik tu dlm plastik untuk kami. Bukan tu aje, sebelum arwah sakit mesti ada rempeyek, tumpi, baulu, dan kuih2 tradisional yang lain dibungkuskan untuk kami. Setiap Aidil Fitri dan Aidil Adha ini le rutin arwah. Mudah2an Allah SWT sentiasa mencucuri rahmat ke atas roh beliau. Mudah2an jg roh beliau di tempatkan di kalangan org2 yang beriman, para anbia dan solihin. Amin. Rindunya dengan arwah mak.. Wajik buatan saya ni kak inna yg minta buat n3. Beliau jg yg galakkan saya berblogging ni. Terima kasih ne.. Syawal ni blh le saya menjamu selera di rumahnya. Beliau pn pandai masak dan saya paling suka lauk lodeh air tangan beliau. Meriah isinya, macam2 ada. Sedap pula, he he..

No comments:

Post a Comment