Saturday, July 25, 2009

MENGINAP DI RENAISSANCE

Selasa lepas sy dan anak2 menemani suami menginap di hotel renaissance, kota bharu. Hotel tu tak jauh sgt dr rumah sy. Dr rumah pn blh nmpk bangunanny. He he.. Suami kena menghadiri mesyuarat di situ dan sebagai tuan rumah tentulah kesibukkan beliau berganda. Beliau pn mudah nak menghantar 2 org anak gadis sy ke sekolah. Satu di Sekolah Menengah Ahmad Maher dan seorg lg di Sekolah Keb Sultan Ismail Petra 2. Balik sekolah mereka menaiki van yg dipandu jiran yg baik hati dan mudah memberi pertolongan. Sepanjang hari sy berdua dgn anak yang kecil, beliau gemar melihat pemandangan di luar tingkap. Pemandangan dari tingkat 19. Seronok betul dia dpt melihat bangunan tesco, hospital perdana (2 kali beliau dirawat di situ), papan tanda iklan digi dan macam2 lagi. Nak mkn pn minta disuap sambil menikmati pemandangan. Anak sy ni mmg gemar tinggal di hotel. Setiap kali sampai di mana2 hotel pn beliau dgn gembira akan berlari menuju ke katil dan berbaring dgn senyuman. Nak tergelak pn ada. 3 mlm sy di sini terasa lama, jumaat sesampai di rumah sy mula bersilat mengemas rumah dan membasuh sebhgn pakaian (selebihny hantar dobi le). Selepas asar ke dapur pula. Penat2 pn bila lihat rumah bersih lapang fikiran. Sejak 4 mlm ni Kota Bahru hujan lebat dan angin kuat. Apa2 pn yg berlaku ada hikmah di sebaliknya...

No comments:

Post a Comment