Monday, July 27, 2009

CENDERAHATI DARI RENAISSANCE





Sudah lama sebenarnya saya berjanji dengan kakak saya inna nak buat n3 pasal cawan teh cina dari Hong Kong ni tapi tak berkesempatan. Lebih2 lagi bila bujang kecil saya Adham dah duduk di depan laptop memang tak ada peluang le nak guna. Cawan ni sebenarnya dari tahun lepas ada dalam simpanan saya. Ianya merupakan hadiah dari Hotel Renaissance kepada suami saya kerana menjadi ahli kelab hotel tu. Sementara keris kecil ini pula merupakan cenderahati untuk suami sebagai penghargaan dan rasa terimakasih dari pihak hotel. Cawan ni kecil saje bentuknya dan ringan pula. Sementara keris itu agak tajam dan gunanya untuk membuka sampul surat. Saya pula belum berapa mahir mengambil gambar sebab selalunya ambil gambar keluarga saje. Jadi gambar2 ni tidak lah menarik sangat.

1 comment:

  1. cantik cawan teh ni nes...aku pun suka.. :)

    ReplyDelete