Thursday, July 30, 2009

SET TEH ALA INGGERIS

Sudah lama kakak saya suruh buat n3 pasal tea set ni. Sebenarnya tea set ni suami saya beli semasa beliau mesyuarat di Pulau Langkawi awal tahun ini. Sebelum membeli beliau ada bertanya dulu dgn saya samada mahu membelinya atau tidak. Sementara isteri rakan2 beliau awal2 lg dah memesan suami masing2 membeli set pinggan mangkuk yang dijual di situ. Mula2 mmg saya kata tak payah le sebab kami ni hidup tidak kekal satu tempat, dan akan berpindah bila diarahkan. Tapi suami saya kata sayang klu dah sampai Langkawi tak beli apa2. Saya kata ok lah. Jd ini lah gambar tea set tu. Tetamu yang datang rumah saya pasti berkata comel la cik anis set teh ni. He he.. Org Kelantan kata comel tu maknanya cantik le. Set teh ni didatangkan cantik dgn kotak warna pink dan dalamnya di alas dengan kain santin warna sama. Sekali pandang dalam kotak tu mmg cantik betul le. Dalam bab pilih memilih ni suami mmg agak mahir. Sementara bekas yang agak bujur bentuknya dan bertangkai kiri dan kanannya pula tidak termasuk dalam set tu, suami beli yang single.Material pn tak sama cuma corak aje yang sama. Menurut penjualnya boleh diisikan sudu dan garfu. Malangnya bekas ni sompek sikit sbb ketika suami nak bawa balik hari tu beliau masukkan dlm beg tanpa kotaknya. Nak senang bawa katanya. Tapi cacatnya sedikit saje, tak nampak pun. He he..Di kawasan bebas cukai Pengkalan Kubor, Kelantan ada byk dijual set2 teh seperti ini lengkap dengan set makan. Loceng yang pelbagai rupa dan cantik2 belaka pn ada dijual di sini. Harga pn berpatutan. Saya berniat jg sekiranya kena berpindah nanti saya nak beli lg satu atau dua set untuk kenang-kenangan..

1 comment:

  1. nes memang cantik set teh ni..lepas ni boleh la ko tambah lagi cari pinggan makan pulak...

    lawa corak rose kecik-kecik tu..

    ReplyDelete