Assalamualaikum semua. Cempedak goreng ini amat sesuai dimakan waktu minum petang dengan minuman panas yang digemari. Cempedak ranum ini suami saya beli ketika kami keluar untuk membuang sampah. Almaklumlah di tempat tinggal kami tiada perkhidmatan pungutan sampah dari rumah ke rumah. Cempedak goreng ini merupakan makanan kegemaran suami dan anak kedua saya tetapi yang sulung lebih suka makan cempedak ranum yang segar. Cara penyediaan dan bahan-bahan yang diperlukan untuk menggorengnya pun mudah sahaja. Rasanya sedap dan berbau harum apatah lagi ketika digoreng.
Wednesday, December 16, 2009
Tuesday, December 15, 2009
ASAM PEDAS IKAN KEMBONG
Assalamualaikum semua. Mudah-mudahan beroleh kesejahteraan hendaknya. Asam pedas ikan kembong ini merupakan hidangan tengahari semalam. Menu asam pedas merupakan antara masakan yang digemari oleh suami. Kalau hari-hari masak asam pedas dengan bahan mentah yang berlainan pun beliau tidak jemu. Anak-anak cuma tumpang sekaki selera ayah mereka. Hehe...
Sunday, December 13, 2009
SPAGETI BEBOLA DAGING
Assalamualaikum semua. Mudah-mudahan sentiasa di dalam kasih Ilahi. Amin. Entri saya kali ini tentang spageti yang saya masak kelmarin. Baru petang ini ada masa terluang untuk menulis tentangnya. Macam biasalah saya memasak atas permintaan anak-anak. Suami memang tidak berminat langsung untuk mencuba apatah lagi memakannya. Hehe... Tidak mengapalah sebab untuk suami saya sudah masakan hidangan lain yang dapat memenuhi seleranya. Ikan cencaru masak terutup (lupa hendak mengambil gambarnya) dengan nasi putih. Berbalik pada spageti ini sebenarnya saya tersilap membeli spageti angel hair jadi halus-halus bentuknya, sekali pandang macam bihun pula. Apa-apa pun rasanya sama sahaja seperti spageti biasa. Yang penting permintaan anak-anak telah saya pun tunaikan...
Atas permintaan kakak saya Ina dan Kak Zie, saya berikan cara-cara hendak membuat spageti bebola daging. Sebenarnya malu juga sebab saya bukan mahir sangat memasak. Cuba-cuba sahaja dan kadang-kadang, syukur menjadi.
Bahan-bahan yang diperlukan:
500 gram spageti
1 cawan daging kisar
1 ulas bawang putih ditumbuk lumat
1 biji putih telur
1/2 sudu teh lada putih/lada hitam ditumbuk lumat
sedikit garam
tepung ubi secukupnya untuk menguli
1 biji bawang besar dicincang kasar
1 tin sos spageti prego perasa tradisi
minyak jagung untuk menumis
3 biji tomato ranum dipotong kecil-kecil
Cara-cara membuat bebola daging:
1. Campurkan daging kisar, bawang putih, serbuk lada putih , garam dan putih telur. Gaul sebati.
2. Masukkan tepung ubi dan gaul lagi sehingga adunan tidak melekat pada tangan.
3. Bentukkan bulat-bulat dan masukkan dalam air rebusan yang sudah mendidih.
4. Angkat dan toskan bebola daging setelah timbul dari air rebusan.
* Untuk lebih mudah beli sahaja bebola daging yang telah siap. Hehe... Cuma mungkin tidak kena dengan selera kita.*
Cara-cara membuat kuahnya:
1. Panaskan minyak jagung (minyak zaitun tiada dalam stok), tumis bawang besar cincang hingga naik bau.
2. Masukkan buah tomato yang dipotong tadi dan gaul mesra.
3. Masukkan pula sos spageti prego dan bebola daging.
4. Tambahkan sedikit air dan kacau hingga masak.
Cara-cara menghidang:
1. Rebus spageti dan toskan.
2. Masukkan spageti di dalam pinggan dan curahkan sos bebola daging. Taburkan daun oregano jika suka.

Friday, December 11, 2009
MEE HAILAM
Assalamualaikum semua. Mudah-mudahan diberkati Allah SWT sentiasa. Amin. Entri kali ini adalah tentang mee hailam yang saya masak Rabu lalu tetapi baru sekarang sempat hendak dikongsi bersama semua. Sebenarnya sudah lama saya tidak memasak mee ini tetapi terlanjur sudah cuba memasak mee bandung tempohari, suami sarankan saya masak mee hailam pula. Kali terakhir saya menyediakan mee ini sewaktu kami masih tinggal di Kuantan dan Adham masih bayi lagi. Sekarang Adham sudah masuk 5 tahun. Resepinya pun ingat-ingat lupa. Beginilah rupa mee hailam yang hitam manis ini. Hehe...
Thursday, December 10, 2009
IKAN KEKEK MASAK PINDANG
Ikan kekek mak iloi-iloi, ikan gelama mak ilai-ilai, nanti patik mak iloi-iloi, pulang bersama mak ilai-ilai. Hehe... Teringat pula nyanyian Anita Sarawak yang popular ini sewaktu saya kecil-kecil dahulu. Ikan gelama saya sudah lama kenal, sedangkan ikan kekek setelah tinggal di Kota Bharu ini baru saya jumpa. Apatah lagi suami suka makan ikan ini, sama ada digoreng ataupun dimasak pindang. Jadi bila ke pasar kalau ada dijual ikan ini pasti suami akan membelinya.
Bahan-bahan yang diperlukan:
5 ekor ikan kekek (anggaran 1 kg)
3 biji bawang merah sederhana besar (dimayang)Bahan-bahan yang diperlukan:
5 ekor ikan kekek (anggaran 1 kg)
1 biji bawang putih (dimayang)
3 biji cili merah (dibelah empat)
5-7 biji cili padi hijau
1 cm kunyit hidup }
1 cm halia muda } ditumbuk lumat
sedikit belacan }
1/4 cawan pati air asam jawa
sedikit garam, gula dan serbuk perasa
Cara-cara memasak:
1. Masukkan semua bahan-bahan yang dimayang, ditumbuk, lada merah, cili api, air dan air asam ke dalam periuk.
2. Rebus hingga mendidih dan masukkan ikan. Setelah ikan agak masak, masukkan garam, gula dan serbuk perasa.
Subscribe to:
Comments (Atom)