Friday, April 9, 2010

SAMBAL KERUTUP ISI IKAN SUJI



Assalamualaikum dan selamat malam Jumaat yang berkat. Lauk tengahari tadi tapi masih banyak lagi dalam mangkuk tu. Huhu... Anak-anak dan suami balik rumah jam 6.30 petang. Kemudian suami ajak pula ke pasar malam. Beli mee goreng basah, ayam goreng ala KFC 2 ketul (tak habis juga), sate usus (saya geli nak makan tapi anak-anak suka), kuih pulut sekaya 2 potong kecil (saya nak makan) dan apam ayu (anak ke dua yang minta). Akhirnya tidak disentuh masakan saya hari ini. Huhu... Apa pun sedap sungguh rasa ikan suji ini, lemak dan kenyal. Jom kita kongsi resepi mak ngah (singaporean) suami ini...

Bahan-bahannya:

6 potong sederhana isi ikan suji (digaram kunyit dan digoreng lembap)
2 senduk besar cili kering kisar
seketul kecil halia dikisar
seketul kecil lengkuas dikisar
5 biji bawang merah dikisar
1 biji bawang putih dikisar
air asam jawa secukupnya untuk mengisar bahan-bahan kisar
sedikit belacan dikisar
5 batang serai dititik
garam dan gula secukup rasa

Cara-caranya:

1. Tumis semua bahan kisar dan serai hingga terbit bau dan pecah minyak.
2. Rasakan dengan garam dan gula. Kalau suka boleh tambah dengan serbuk perasa.
3. Masukkan isi ikan suji yang telah digoreng tadi dan gaul hingga sebati dengan sambal kerutup tadi.
4. Sedia untuk dihidang.

2 comments:

  1. salam kak anis.... pssttt su malu nak cakap ni.. su tak pernah makan ikan suji tu cam teringinlah kak... bila tengok akak punya sambal memang buat su lapar...

    ReplyDelete
  2. salam su. jgn tak tau akk pn tau pasal ikan ni ms tinggal kat klate ni. kat kuantan pn tak jumpa tau. ikan ni klu digoreng isinya agak merah samar. ratah gitu je pn sedap. tak tahulah klu di johor n pahang namanya lain. kdg2 je ikan ni ada dijual su.

    ReplyDelete