Monday, April 5, 2010

JALAN-JALAN DI KUALA TERENGGANU

Di Pasar Payang. Anak-anak mengambil kesempatan bermain bubbles. Adhamlah yang paling seronok.

Lihatlah betapa happynya anak lelaki saya bermain bubbles dan layang-layang bersama kakak-kakaknya.


Inilah masjid Penarik. Peliknya jemaah muda dan berusia pertengahan seronok berborak dan menghisap rokok ketika khatib sedang membaca khutbah di perkarangan masjid dan pondok rehat yang disediakan. Sewaktu hendak memulakan solat barulah terhegeh-hegeh masuk masjid. Mazhab apa yang diikut, sakit hati saya melihatnya.

Adham berposing sementara menunggu ayahnya selesai menunaikan solat Jumaat.


Assalamualaikum dan selamat malam. Alhamdulillah berjumpa lagi kita di alam maya ini. Berbanyak terima kasih buat adik-adik Yatie US, Su Mersing dan En Daun kerana masih sudi menziarahi blog saya, bertanya khabar dan mendoakan kesihatan saya. Alhamdulillah saya dan anak lelaki telah beransur sihat dari demam virus, selsema dan batuk. Destinasi jalan-jalan yang sepatutnya ke Cherating terpaksa dibatalkan saat akhir kerana Adham demam tinggi. Saya memang teramat bimbang jika Adham demam dan berjaga malam sebab jika Adham demam suhunya kadang-kadang mencecah 40C.
Namun belas pula melihat anak yang ke dua yang masih menyimpan harapan hendak bercuti kononnya. Apatah lagi pakaian dan keperluan lain telah siap dikemas jadi kami pergi ke destinasi yang dekat sahaja. Kuala Terengganu lagi dan kali ini kami menginap di Primula dan masa dipendekkan hanya semalam sahaja. Kami bertolak pagi Khamis dan sampai pada tengaharinya.
Adham nampak sudah sihat tetapi saya pula yang diserang bersin-bersin, apatah lagi saya memang alah dengan bau asap rokok. Selepas berehat sebentar kami jalan-jalan ke Pasar Payang, ambil kesempatan dengan perkhidmatan 'shuttle' yang disediakan oleh pihak hotel. Shopping baju anak-anak sahaja.
Pulangnya, kami menikmati durian yang dibeli oleh suami di luar Anjung Bistro yang berangin. Adham sudah mula menangis tidak selesa. Kemudian suami bawa kami ke Pantai Batu Burok untuk bermain layang-layang, air mata Adham pun keringlah dan diganti dengan ketawa riang. Berlari ke sana sini dengan gembiranya. Kite, kite katanya. Hehe...
Pulang ke bilik saya sudah rasa lain macam. Malam membawa ke pagi pun begitu, akhirnya jam 4 pagi saya bangun sebab sesak nafas. Mula-mula suami terjaga dahulu, sangka saya beliau hendak bertahajud rupa-rupanya hendak ke 7Eleven carikan ubat. Terharu sungguh saya. Hehe... Kami akhirnya ambil keputusan ke klinik sahaja, malangnya tiada klinik 24 jam seperti di Kelantan. Terpaksalah kami menapak ke KTS. Nurse, kakitangan dan doktor pun sedang tidur. Alhamdulillah, setelah minum susu, mengambil ubat dan menunaikan solat Subuh saya pun berehat dan tertidur semula.
Dalam perjalanan pulang kami berhenti di Masjid Besut sebab saya hendak menunaikan solat zohor, suami sudah awal-awal menunaikan solat Jumaat di Masjid Penarik. Saya sudah rasa mahu demam, pitam dan rebah. Sampai rumah saya benar-benar demam dan tidak boleh bangun. Badan terasa bisa-bisa. Mungkin saya terlalu penat dan tidak cukup rehat. Adham yang beransur sihat pun demam semula. Adham memang sentiasa melekat di samping saya. Jika tersedar dari tidur pun dia akan memanggil emak, emak... Dalam keadaan saya yang masih sakit menjaga Adham yang sakit pula, bayangkanlah....
Alhamdulillah pagi ini kami beransur pulih. Bagi seorang emak seperti saya melihat Adham sihat membuatkan saya bertambah sihat. Syukur sangat....

7 comments:

  1. nes ganbar adham pegang pipi tu..nampak macam dah bear aje..hehe..pipinya naik sikit yek..

    ReplyDelete
  2. sorry salah taip besar bukan bear....hehe

    ReplyDelete
  3. Salam kak anis.. Hehe..nama sy pn ada gak dlm n3 kali ni. Hjg thn lps sy bcuti di Ganu tp x smpt nk round2 smua tmpt mnarik kat sana. Yg main lyg2 tu adham ke ayah dia?? Tgk dlm foto tu mcm ayah dia je..he3.. Lps tu br dpt kat anak.. Smga kak anis trs bahagia bsama famili selamanya.

    ReplyDelete
  4. mmg dah besar ni tp kurus je sbb mkn memilih. pipinya mmg tembam. syuhadah yg snap gmbr tu aku pn tak perasa. tp adham mmg suka sgt posing ne, tak padan dgn malunya. hehe...

    ReplyDelete
  5. salam en daun. akk dah byk kali g trg ni tp jarang round2. abg sampai hotel mesti tido dulu sampai anak2 pn bising. hehe... 4,5 kali baru dpt round2. tp pantai batu burok mmg kerap singgah sbb adham suka tgk budak2 main layang2. betullah tu sbb anak tak pandai lg naikkan layang2 tu. hehe.. mudah2an en daun. t.kasih. harapan akk en daun n famili berlebih2 lg.:))

    ReplyDelete
  6. salam kak anis, kesiannya dalam seronok bercuti badan pulak tak sihat... biasalah bukan boleh rancang semua ni kan...
    harap dah makin sihat coz su tengok dah berderet menu...
    bestnya g trganu.. su paling jauh sampai cerating jer..

    ReplyDelete
  7. salam su. tu menu smlm n kelmarin la. baru sempat buat n3 hari ini. dtglah kelantan su, blh tido umah akk. umah akk dkt dgn wakaf che yeh, PCB, pasar khadijah n buluh kubu. 2,3 mlm pn blh.
    betullah su, sakit dtg mcm ribut pegi mcm semut.

    ReplyDelete