Wednesday, April 21, 2010

KERABU MANGGA



Assalamualaikum dan selamat malam. Kerabu mangga percubaan pertama saya. Guna bahan-bahan mentah yang ada dalam stok sahaja. Kebetulan suami beli mangga muda untuk dicicah dengan kuah colek ready made. Saya pun curi sebiji untuk dicuba buat kerabu. Alhamdulilah, hasilnya menjadi juga.

Bahan-bahannya:

1 biji mangga muda saiz besar
2 sudu besar udang kering
1 biji bawang besar
15 biji cili api
sos ikan dan gula secukupnya
5 keping nugget ikan (saya tambah sendiri)

Cara-caranya:

1. Mangga muda dikupas dan dihiris nipis memanjang.
2. Udang kering digoreng garing, ditoskan minyaknya dan ditumbuk lumat.
3. Cili api dan bawang besar dihiris nipis-nipis. Campurkan dengan udang kering lumat. Gaul sebati. Rasakan dengan sos ikan dan gula.
4. Tambahkan dengan hirisan mangga muda dan gaul lagi dengan sebati.
5. Ketika hendak menghidang kerabu mangga tadi taburkan dengan hirisan nugget ikan yang telah digoreng terlebih dahulu. Sepatutnya kacang tanah goreng tetapi saya kurang suka. Sotong kering pula tiada. Hehe...

4 comments:

  1. Salam kak, kerabu mangga ni wife sy pndai buat. Kat sini mangga dipanggil pelam. Akk biasa tak buat/mkn sambal mangga/pauh ikan kering? Yg ni sy buat sndiri je kalo rasa nk mkn. Tak bg wife buat sbb sy ada kpakarn utk buat yg ni..he3..

    p/s : nk jwb ptnyaan akk sblm ni. Wife sy org Mahsuri, ank jati Lgkawi.

    ReplyDelete
  2. salam en daun. kerabu pauh akk ni tak cukup bahan la. hehe.. ttu sedap kerabu pauh en daun ya. penah sekali mkn dkt restoran di wakaf che yeh. akk suka, mmg sedap. kena dgn selera akk. untunglah isteri en daun, en daun nak juga sama turun ke dapur.

    wife org langkawi, ttu cantik mcm mahsuri.:) en daun kata gewe2 klate manis mcmana blh sangkut org langkawi? hehe...

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Salam perkenalan Anis, seronok membaca blog anis yang penuh dengan resepi2 yang nampak sedap2 belaka.mesti cuba ni.

    ReplyDelete
  4. salam sweetie.
    t.kasih sudi singgah blog akk. salam kenal juga dr akk.
    menu akk semua simple2 sweetie. lauk2 biasa aje. cubalah yang mana sweetie sudi n berkenan.:))

    ReplyDelete