Wednesday, April 14, 2010

BINGKA @ KUIH BAKAR DURIAN



Assalamualaikum dan selamat malam. Bingka durian ini saya buat setelah selesai memasak untuk tengahari. Memang menjadi kelaziman saya kalau membuat sesuatu kerja itu bila sudah dimulakan mesti disiapkan. Cuma kadang-kadang kelemahan saya bila hendak memulakan sesuatu kerja itu yang 'kureng' sedikit. Hehe... Selalunya suami kurang gemar melihat cara saya melakukan sesuatu kerja, kerap juga saya ditegur oleh beliau 'work smart, don't work hard' bila melihat saya kepenatan tetapi tetap mahu menyiapkan kerja yang dibuat.
Bingka durian ini saya buat supaya durian segar yang kurang manis dibeli suami tidak terbuang begitu sahaja. Hendak dibuat tempoyak pun rasanya tidak sedap. Dimasak dengan bubur sudah, dibuat serawa pun sudah. Jadi buatlah bingka ini. Jom kita kongsi resepi yang saya tambah sana sini ini.....

Bahan-bahannya:

1 mangkuk lauk isi durian (hehe... banyak ikut suka, maaflah gunakan mangkuk lauk untuk menyukat)
3 biji telur
2 cawan tepung
2 cawan santan
2 cawan susu cair
2 sudu besar minyak jagung ( cairan minyak sapi@margerin@mentega@minyak sayuran pun boleh)
11/4 cawan gula
2 sudu besar tepung jagung

Cara-caranya:

1. Masukkan semua bahan dalam mangkuk besar dan gaul mesra. Tambahkan durian.
2. Masukkan bancuhan tepung dan durian ini ke dalam jug pengisar dan kisar hingga halus.
3. Lenserkan loyang dengan mentega dan curahkan bancuhan bingka tadi.
4. Bakar dengan kepanasan 200C selama 1 jam atau lebih ikut ketuhar masing-masing.
5. Biarkah kuih bingka tadi benar-benar sejuk baru dipotong-potong, saya tidak dapat menunggu lama sebab perlu diberikan kepada anak-anak di sebelah kerana hari mulai malam. Hehe....

8 comments:

  1. salam kak anis,
    Huwwa...nak kue bakar durian! dah lama nak makan menu2 duyan ni. Hubby takmo beli duyan. katanya mahal..huhu. takpe la, saya tumpang umah kak anis ya...

    ReplyDelete
  2. Salam K.Anis, sedapnya bingka durian ni...dah bertahun yatie tak mkn durian....rindunya dan kecurnya...yatie suka kuih2 mcm gini...

    ReplyDelete
  3. salam indah.
    ala siannya adik akk ni. ni akk bg kuih bingka durian ya. mkn sampai puas tau. huhu... kat cni blh tahan murah sbb durian siam kacuk kg. betullah hubby indah tu. kdg2 beli mahal2 pn tak berbaloi. mcm suami akk pn klu mahal tak beli gak. hehe...

    ReplyDelete
  4. salam yatie. kat klate nni takde musim2 klu buah ni. mkin dkt dgn siam n siam ni teknologi dia tinggi part tanam buah2 ni. ini pn durian siam kacuk kg yatie. kesian yatie. insyaAllah klu dah menetap di mesia nnti blh mkn durian ni. :)

    ReplyDelete
  5. Salam kak anis yg rajinnn.. Kuih bingka durian ni tak penah sy mkn.Bingka yg gna bhn2 lain tu biasa la.Sy suka kuih jnis bkr@bingka ni.Kat Kelate skrg durian bape ringgit sekilo?Sy nk blik kg bln jun nti.Blh borong durian byk2.Kat sini durian agk mhl dn krg stok.

    ReplyDelete
  6. Salam anis....
    Woahh sedapnya bingka durian... tak pernah rasa lagi ni, boley la akak terai buat sama ya anis... sedap tuh wat minum petang :)

    ReplyDelete
  7. salam en daun. alhamdulillah mudah2an akk tambah rajin. amin. maaf la en daun ttg harga tu kena tny suami akk dulu sbb dia yang hantu durian ni. hehe... nak blk kg la jun ni ya. akk pn mkin blk johor gak sbb abg ada reunion dgn kwn2 sekolah masa di english college jb. isteri org klate juga ke?

    ReplyDelete
  8. salam kakfzi. cuba la kak. rasanya sama juga mcm bingka2 yg lain cuma yg ini rasa durian. mmg sedap buat minum petang lbh2 lg klu kumpul satu keluarga.:))

    ReplyDelete