Tuesday, April 20, 2010

APAM BERAS ENO




Asam tumis ikan pari ku nak enterframe gak. Lauk tengahari tadi. Dalam seminggu mesti ada menu kegemaran suami ni. Kali ini kurangkan kepekatan kuah sebab cuaca teramatlah panasnya. Hehe...

Assalamualaikum dan selamat malam semua. Semalam saya kukus apam beras yang dicampur eno untuk anak-anak yang mengulangkaji pelajaran di rumah. Malangnya tiada kelapa parut. Salah seorang kawan anak bertanya, kenapa nyior takde makcik. Hehe... Hamimah yang jawab sebab dia tak suka. Resepinya saya ambil dari rumah ros@jintan manis. Terima kasih banyak ya ros. Hari itu cuba tinggalkan pesanan tak dapat-dapat jadi sekiranya ros terbaca entri ini maaf dipohon dan izinkan letak resepi apam beras ini di sini.

Bahan-bahannya:

1 cawan nasi
11/4 cawan air
1 cawan gula pasir
2 cawan tepung beras
1 sudu kecil yis kering
1 paket kecil eno

Cara-caranya:

1. Blend nasi dan air hingga hancur. Tambahkan gula, tepung beras dan yis. Blend sekali lagi hingga sebati.
2. Perapkan adunan tadi 4-5 jam.
3. Tambahkan pewarna jika suka, kacau perlahan.
4. Tambahkan eno dan gaul sebati secara perlahan-lahan.
5. Masukkan dalam acuan kuih lompang dan kukus selama lebih kurang 15 minit dengan api kuat.

5 comments:

  1. Salam K.Anis, apam ni pun yatie pernah buat..mmng lembut dan sedapkan...masa buat apam ni stok eno yatie dari msia dah keras...so yatie tumbuk dan ayak....nak rasa punya pasal..tapi mmng jadi dan sedap..tapi tak n3..

    lauk asam pedas ni mkn tiap2 hari pun mmng tak jemu...yatie mmng suka sngt..daun kesum tu pun yatie mkn sekali....kecurnya..kat sini tak bnyk pilihanlah ikannya...sedih tau..hua3x..

    ReplyDelete
  2. salam kak anis... wah yati dah sampai dulu...cepat tul flight dia... su naik ketapi tu yang lambat sampai rumah akak ni..ada lagi tak apam beras tu... su buat tak senyum tu yg tak n3. rasa memang sedap n lembut... kan yatie..haritu pun dah bincang pasal apam ni kat fb hehe.. tadi su masak asam pedas gak febret su tu..tapi hb tak berapa minat..

    ReplyDelete
  3. salam yatie. apam ini mmg lembut n sedap tp klu ada kelapa parut lg sedap. hehe... rajinnya yatie. mmg klu kita nak masak sesuatu tu kita usaha selagi boleh. tp apam ni lekat le kat acuan sbb akk tak sapu minyak. hehe..

    akk pn suka mkn daun kesum yatie. bkn daun kesum je bunga kantan pn akk ngappp gak. hehe... kesian yatie, jom makan sama2...

    ReplyDelete
  4. salam su. apam beras akk ni pn tak nak senyum su tp dah buat, masuk n3 la. hehe...

    klu suami akk lauk pauk mcmana ni dia suka. klu masakan moden n barat mmg dia tak minta. akk plk tak kisah semua ngappp... hehe...

    ReplyDelete
  5. sorry la su, dah mlm menaip pn jd tunggang langgang. kwang3..

    ReplyDelete