Tuesday, April 13, 2010

OH! CINNAMON ROLL, HUHU...



Assalamualaikum dan selamat malam semua. Petang tadi saya cuba buat cinnamon roll ini, tetapi cubalah tengok rupanya. Huhu... Inilah padahnya bila saya tengok resepi sekali lalu sahaja. Sedih betul sebab gulungannya tidak menjadi. Sepatutnya saya canai doh tadi dengan lebih nipis tetapi tebal jadi bila digulung jadilah cinnamon roll yang obesiti. Bila dibakar makinlah menjadi-jadi gemuknya itu. Hodoh bukan bermakna tidak sedap, alhamdulillah anak-anak suka memakannya. Lain kali saya hendak cuba lagi dengan mencanai dengan lebih tipis lagi. Walaupun tidak menjadi cinnamon roll ini saya tetap hendak kongsi dengan rakan-rakan semua. Jomlah jamu mata jangan muntah sudah. Hehe...

2 comments:

  1. salam kak anis,
    takpe, kak. saya tngok pun dah terliur ni. nak tumpang sekeping ya kak... hihi

    ReplyDelete
  2. salam indah. anak akk yg sulung pn kata takkanlah buat apa2 mesti jd. sesekali buatlah n3 masakan yg tak jd plk. hehe... rasa dia alhmdulillah mmg sedap indah, bentuknya je mcm bdn akk. hehe... blh ambillah indah. t.kasih ya, sejuk hati akk.:))

    ReplyDelete