Thursday, April 15, 2010

BAHULU MEKAR KUKUS




Assalamualaikum dan selamat malam semua. Bahulu mekar kukus ini untuk minum petang tadi. Resepi ambil dari rumah 'mokwok'. Tergoda pula hendak mencubanya bila ternampak keayuan bahulu mekar ini bila singgah ke rumah mokwok semalam. Terima kasih mokwok ya. Hehe... Anak-anak nampaknya lebih suka makan apam beras dari bahulu mekar ini. Tidak mengapalah sambil masak sambil test selera anak-anak. Mana yang anak-anak suka, itulah yang semangat kita hendak buat. Jomlah tengok resepinya tetapi saya tulis caranya lebih kurang sahaja, bahan-bahannya yang penting ditulis dengan detail.

Bahan-bahannya:

125 gram tepung
1 st double acting baking powder
1 st ovallete
120 gula halus
1 sb pes coklat
1 biji telur
70 ml air suam
70 ml susu segar/cair
sedikit esen vanilla

Cara-caranya:

1. Masukkan semua bahan-bahan di atas kecuali pes coklat dalam mangkuk besar dan gaul sebati.
2. Kemudian dipukul hingga kembang dan gebu macam adunan hendak buat bahulu.
3. Bahagi dua adunan tadi. Satu diwarnakan dengan pes coklat dan satu lagi dibiarkan warna asal.
4. Masukkan adunan tadi berselang-seli di dalam acuan kuih lompang.
5. Kukus dengan api kuat selama 15 minit.

Teman-teman semua kalau inginkan resepi yang lebih detail rajin-rajinlah jengok blog mokwok ya, 'semanis madu selaut ilmu'. Hehe...

10 comments:

  1. tu die kak anis..senyum mekar...tahniah tahniah..kerana tersenyummm

    ReplyDelete
  2. Wah Anis senyuman yang penuh pahala....sedekah sepiring...lagi besar pahalanya!

    ReplyDelete
  3. salam izah. maaflah dah lewat ptg baru dpt bls komen izah. biasanya jumaat n sabtu anak2 n suami guna laptop n komputer. t.kasih, t.kasih. tak sangka juga senyum memanjang. hehe...

    ReplyDelete
  4. salam kak watie. senyum tu kan sedekah, nnti sy bg akk sepiring ya.:))

    ReplyDelete
  5. salam mamafami. terima kasih. sy baru2 nak belajar ni mama.:))

    ReplyDelete
  6. salam kak anis... wah mekar setaman bahulu tu... akak kukus api kuat ke? nak gak tau coz su ni kalau wat kadang2 tak mekar..

    ReplyDelete
  7. salam anis..wahhh..mekar setaman bahulu tuh!..heheh..anis klau tak cuba tak tau kan...many thanks to dayang jack for the lovely recipe..!

    ReplyDelete
  8. salam su. maaf hari ni bru dpt jwb yg su tny. akk mmg kukus dgn api besar su. ala ini pn first time cuba sambil test selera anak2. suami mmg awal2 dah tau respon dia. asyik2 karipap sardin je la. hehe...

    ReplyDelete
  9. salam mokwok. setuju dgn mokwok. seronok mencuba lbh2 lg klu menjadi. hehe... syukur n t.kasih buat mokwok n dayang jack.:))

    ReplyDelete