Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Menu daging goreng ketumbar ini saya warisi dari arwah emak. Selain menggunakan daging arwah emak yang saya sayangi dan rindui ini juga menggunakan babat atau perut lembu untuk dimasak resepi yang sama. Masakan yang simple tetapi sedap, tetapi saya tambahkan dengan lengkuas dan serai sebab hendak menghabiskan stok yang ada. Arwah emak dahulu selalu masak menu yang simple dan mengikut selera suaminya. Hehe... Nama masakan ini pun saya yang beri sebab seingat saya arwah tidak pernah pula menyebutnya. Jom kita kongsi resepi....
Bahan-bahannya:
500 gram daging lembu dihiris ikut suka
7 biji bawang merah dikisar
2 biji bawang putih dikisar
sedikit halia dikisar
sedikit kunyit hidup dikisar
sedikit lengkuas dikisar - ini saya tambah
5 batang serai dikisar - ini saya tambah
sedikit air asam jawa ( campur dengan bahan kisar - arwah emak gunakan asam jawa terus )
2 sudu besar ketumbar dikisar ( arwah emak, cuci, tos dan ditumbuk )
garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.
Cara-caranya:
1. Gaulkan bahan kisar, ketumbar dan air asam jawa rata-rata pada hirisan daging.
2. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa. Agak-agaklah. Gaul lagi.
3. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan daging tadi. Tutup kuali.
4. Bila air daging telah kering tambahkan lagi air secukupnya. Masak dengan api perlahan hingga kuah pekat atau garing dengan api perlahan. Kacau sekejap-sekejap.
p/s: kebanyakkan masakan arwah emak adalah dengan cara menumbuk menggunakan lesung batu. Arwah jarang menggunakan pengisar. Saya kagum dengan kudrat arwah emak yang punya anak 9 ini. Moga Allah sentiasa mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan soleh. AMIN...

salam kak anis..ermm best nyer...lambat sgt umi bukak blog ni pagi tadi..ermm dah siap buat masak kurma..dah untuk nasi minyak...kalau tak..umi nak try masak lauk daging ketumbar kak anis ni.....
ReplyDeleteterima kasih ya kak anis...ermm sedapnyer nampak..dah dah berselera....terima kasih turunkan ilmu..ni..insyallah sampai bila2 pahala..ilmu yg diperturunkan buat arwah ibu kak anis jugak..al-fatihah umi hadiahkan untuk ibu kak anis ya..semoga rohnya di tempatkan di tempaykan di tempat org 2 yg beriman
aminnn
salamnis..
ReplyDeletemacam masak ungkep ye nis..
Salam Kak Anis,
ReplyDeleteWah nampak sedap belum rasa lagi.Terima kasih dapat berkenalan menerusi blog dan mencuba resepi2 kak Anis.
salam kak anis, tengok pun dah berselera daging tu...memanglah masakkan mak kita yang paling sedap...mesti kerinduan akak pada aruah membuak2 kan...alfatihah untuknya... kalau ada mak leh kongsi dan mengadu ceriter..moga tabah dan sabar yer kak...
ReplyDeleteSlm kak..masakan ni sebijik mcm arwah mak limah (jiran kat kg) masak..ms sy bebudak klu tanya kat arwah .. ape nama lauk ni?..arwah tu ckp.."sembarang dunno" :)..klu ditranslatekan jadi gini.."SEMBARANG (APE2) - don't know (TAK TAU)..HAHAHAH
ReplyDeleteApe pun alfatihah buat ibu kak anis & arwah mak limah..
salam umiliya.
ReplyDeletebila2 blh cuba dik. ringkas je resepi ni. rajinnya masak berat2. t.kasih ya. AMIN...
salam kakros.
ReplyDeletememang ya, lebih kurang aje cara masak n bahan2 yang digunakan. hehe...
salam sweetie.
ReplyDeletesama2 kasih n alhamdulillah...
salam su.
ReplyDeleteterima kasih byk atas perhatian yg diberi. terharu sgt. huhu... mmg betul apa yg su cakap tu.
salam naemah.
ReplyDeletehehe... tp sedapkan lauk ni naemah sebab tak muak. tahan lama pun ya. klu kita hangatkan lauk ni makin lama makin sedap tau.
t.kasih sudi hadiahkan fatihah buat arwah mak akk. AMIN...