Saturday, April 10, 2010

GAMBAR IKAN SUJI


Assalamualaikum. Buat adik-adik Nurindah, Su dan Maria inilah gambar ikan suji yang saya masak kerutup Khamis lepas. Kebetulan tadi ke pasar ada pula ikan ini, jadi saya ambil kesempatan mengambil gambarnya. Ikan yang bersaiz besar ini telah pun dipotong-potong oleh makcik penjual ikan jadi tak dapatlah saya nak snap gambar seekor. Lupa pula hendak tanya makcik tu nama lain bagi ikan ini sebab di Kelantan inilah saya mula kenal dengan ikan yang sedap ini. Jemputlah tengok ya adik-adik ku sayang....

13 comments:

  1. salam Anis..atie pon bkn kenai sgt nama2 ikan nih!hikhik..xpernah tgk la ikan suji nie...mungkin kt sini nama lain kot..

    ReplyDelete
  2. salam k.anis. terima kasih ya kak... sampai juga akak ke blog kakchik. k.atie dan nurindah pun kenalan akak rupanya. makin luas persahabatan ni, alhamdulillah.
    sekali tengok ikan suji ni macam ikan tenggiri je tapi kakchik pun w/pun org Kelantan, memang tak pernah sengar nama ikan suji, buat malu je.

    ReplyDelete
  3. salam kak anis,
    Terima kasih kak anis.susah2 jer gi pasar carikan ikan suji tuk saya. hehe. puas dok godek Google. nampak image tepung suji jer. hihi. agaknya nama pena ikan tu. kalu tau nama betul ikan tu, bagitau ya kak. :)

    ReplyDelete
  4. Salam kak anis.. Ikn suji yg akk beli tu mgkn ikn mersuji atau lbh dikenali dgn nama marlin. Nama saintifik dia, Makaria Indica Cuvier. Ikn ni mpunyai muncung tajam dan sirip besar kat bhgn ats blkgnya.Kalau betul ikn mersuji yg akk beli tu,ia adalah spesis lindungan.

    ReplyDelete
  5. salam azatie. sy pn first time tgk. ms makcik tu cdg beli mmg ikan lain tak byk pilihan n selain katanya sedap dimasak apa2 pun. tu yg teruja. hehe...

    ReplyDelete
  6. salam kak chik. mudah2an n alhamdulillah. makcik kat pasar berek 12 yg jual. mmg tak ada nmpk lg org2 lain jual. hehe...

    ReplyDelete
  7. salam indah. tak susah pun. kebetulan smlm ikan tu ada jual jd akk snap le gambarnya. tp smlm akk tak beli sbb stok lauk basah dah cukup smggu. cuba indah cari maklumat berdasarkan info yg diberi en adry ni. mcm sepadan je.

    ReplyDelete
  8. salam en daun. mkin betullah ikan ini spesis yg sama en daun. cuba tgk gmbr ikan tu, muncung dah dipotong n bhgn sirip pn dah dibuang. knp ikan ini menjadi spesis lindungan en daun. seram sejuk akk dibuatnya. klu ada jual pn insyaAllah akan takkan beli lg. t.kasih beritahu akk info yg berguna ni.
    itulah untungknya bersahabat dgn org yg berilmu ni.:))

    ReplyDelete
  9. Kak anis,ikan marlin atau mersuji tu dh mkin pupus skrg ni. Ia dh jd spesis ikn yg diindungi di seluruh dunia. Ia byk didapati di perairan Pahang/johor. Ikn ini mmpu membesar sehingga ratusan kilogram beratnya.Ada satu lg spesis yg hmpir sama dgn mersuji ni iaitu,ikn layaran atau sailfish.Dn ia juga spesis yg dilindungi.

    ReplyDelete
  10. salam en daun. begitu kisahnya. mcmana blh terlepas dijual kat sini en daun ya. bersangka baik sajalah mkin makcik yg jual tu tak tau. klu ikan layaran mmg akk tahu sbb lama dulu penah tgk klu tv. ikan mersuji mmg tak penah dgr tp ikan marlin rasanya penah. bila dah tua2 ni semua ingat2 lupa.:)

    ReplyDelete
  11. Salam kak,ikn tu mgkn tsesat atau tperangkap dlm jaring/pukat nelayan laut dlm.Makcik tak slh sbb hnya jual ikn yg diperolehi drp nelayan.Ikn layarn sama bentuk dgn mersuji, cuma sirip ats belakangnya lbh lebar dn mbentuk spt layar.Mersuji tu nama tmptn,marlin nama antarabangsanya.

    ReplyDelete
  12. Salam kak. Sy baru masak ikan suji ni minggu lepas. sy beli kt pasar pagi mersing,johor. masa sy beli tu, pakcik tu siatkan sekali kulitnya. bila masak, mmg sedap rasanya. ayah mertua sy kata ikan ni mahal harganya sbb susah dpt.

    ReplyDelete