Wednesday, April 7, 2010

MENU HARI INI

Sup ayam bersama sayur-sayuran. Pada mulanya teringin hendak masak tomyam, malangnya limau nipis tiada dalam simpanan. Jadilah sup ayam tetapi saya masak rebus-rebus saja.


Sambal kicap ini sepatutnya diperahkan jus limau kasturi, selain berbau harum sambal kicap akan jadi lebih sedap. Limau kasturi juga tiada jadi saya campurkan dengan cuka nipah sedikit. Sedap dimakan bersama sup ayam. Hehe...

Sotong goreng tepung ini resepinya dari kakak saya Inna Merahsamar n dari sudut jendelaku. Mudah membuatnya. Bukan sahaja tepung gorengannya rangup sotongnya juga tidak liat. Yang penting semasa digoreng tidak takut minyak meletup-letup. Hamimah paling suka sotong goreng tepung resepi mak inna ini.

Tengoklah, kepala dan sesunggut sotong juga saya goreng sama. Hehe... tidak elok membazirkan. Lagi pun sedap...

Assalamualaikum dan selamat malam. Sekejapnya masa berlalu, malam menjelma sudah. Menu saya untuk hari ini. Jemput makan semua...

No comments:

Post a Comment