Thursday, April 15, 2010

LEMAK CILI API AYAM ORGANIK



Assalamualaikum dan selamat malam semua. Lemak cili api ayam ini merupakan permintaan Noor Hamimah dua hari lepas. Hari ini baru saya dapat menunaikan permintaannya. Ayam organik ini pula saya beli dari stokis HPA. Lebih mudah mengempukkan ayam organik dari ayam kampung, rasanya pun lebih kurang dan dagingnya juga kenyal. Bersungguh anak saya makan. Suami pun bertambah nasi. Syuhadah sahaja yang masih kekenyangan kerana makan kuetiaw di sekolah dan bahulu mekar kukus yang saya buat usai memasak untuk tengahari tadi.
Bahan-bahan yang saya gunakan tidak sama dengan lemak cili api orang negeri (kadang-kadang ingin juga hendak mencuba resepi orang negeri), maklumlah lidah dan perut suami dan anak-anak tidak tahan pedas. Rasanya resepi untuk masakan ini telah saya letak untuk entri yang terdahulu. Jomlah jamu mata dengan lauk lemak cili api saya...

4 comments:

  1. salam kak anis, masak lemak cili api ni memang febret kat umah su. su pu sekarang guna ayam organik HPA. nak jaga kesihatan...

    ReplyDelete
  2. salam su. hehe... klu dah jawa tu lebih kurang aje seleranyakan. kdg2 akk beli ayam bandar gak tp sblm masak buang kulit dan lemaknya sampai licin. bila dah berumur ni mcm2 sakit nak singgahkan su. hehe..

    ReplyDelete
  3. salam K.Anis, sedap ni ayam msk lemak cili api..kena pulak klau ada ikan masin....mau bertambah2 nasi...

    ReplyDelete
  4. salam yatie. samalah kita. hehe.. smlm abg mkn dgn telur masin plk. tu yg bertambah2 nasi.

    ReplyDelete