Assalamualaikum. Entri ini telah saya buat semalam tetapi tiba-tiba boleh hilang begitu sahaja. Pelik pun ada. Jemput-jemput labu manis ini sesuai dibuat minum petang. Resepinya diajarkan oleh staff suami. Kali ini saya gunakan tepung naik sendiri kerana hendak menghabiskan stok yang ada. Jomlah kita panjang-panjangkan resepi yang mudah dan sedap ini....
Bahan-bahan:
1 cawan labu manis yang dilenyek
3 sudu besar gula - kalau hendak manis boleh tambah lagi
3/4 cawan tepung kek
Cara-caranya:
1. Rebus labu manis hingga empuk dan lenyek dengan gula.
2. Tambahkan dengan tepung kek dan gaul sebati. Sekiranya adunan agak keras tambahkan sedikit air.
3. Panaskan minyak, lalukan hujung sudu pada minyak panas dan sudukan adunan. Goreng hingga keperangan. Seeloknya gunakan sudu kecil supaya jemput-jemput ini comel bentuknya.
4. Buat macam sehingga habis.
Salam sahabat,
ReplyDeleteBuat lepat labu pun sedap jugakan Anis.
salam buat sahabat juga.
ReplyDeletemmg betul. dulu arwah mak akk rajin buat kuih berasaskan labu. masih terasa sedapnya di lidah kuih koci labu inti kelapa perasa durian. mmg sedap sgt.:)