Saturday, April 10, 2010

AWARD DARI SHIELA


Assalamualaikum dan selamat petang. Award ini pula adalah hadiah dari Shiela yang pandai dan rajin memasak tu. Satu hari bermacam-macam jenis masakan dia pulun habis. Kalau saya memang tak larat rasanya. Lebih-lebih lagi dengan kesihatan yang tidak menentu ni. Dalam kepala tersenarai panjang resepi yang hendak dicuba tetapi kudrat pula tiada. Tadi pun niat di hati hendak membakar roti tetapi badan rasa tidak selesa dan tekak terasa sakit semula. Inilah gara-gara selsema belum pulih dah meneguk air kelapa berais. Saya memang kurang gemar minum ais tetapi semalam oleh kerana terlampau haus saya pun minumlah. Lupa pula hendak pesan pada suami supaya peniaga air tu letak ais sedikit sahaja. Selalunya saya minum air mineral, RO atau air plain je. Apa pun buat Shiela, saya amat menghargai award dari Shiela ini, terima kasih banyak di atas tanda ingatan ini...

2 comments:

  1. salam Alhamdullilah sudi menerimanya..harapan dan doa semuga ikatan pesahabatan kekal abadi..insyaAllah

    ReplyDelete
  2. salam shiela. mudah2an ikatan silaturrahim akan berpanjangan. t.kasih.:))

    ReplyDelete