Assalamualaikum dan selamat malam. Esok dan lusa Kota Bharu bercuti kerana Hari Keputeraan Sultan Kelantan. Baginda masih gering lagi, mudah-mudahan Allah SWT mengurniakan apa yang terbaik buat baginda. Wallahua'lam. Anak-anak pula akan menyambung cuti hingga hari Khamis. Esok awal pagi suami akan bergegas ke istana memenuhi jemputan. Ada juga beliau mempelawa saya menemaninya. Saya terpaksa menolak dengan baik. Semasa di Pahang juga saya tidak pernah sekali pun mengikut beliau ke istana. Hehe... Saya seorang yang simple kena duduk sebaris dengan mak datin-mak datin. Minta maaf. Suami kata penampilan mak-mak datin ini kebanyakkannya lebih bergaya dari suami masing-masing, lebih sudu dari kuah. Hehe... Biasalah perempuan...
Berlebih-lebih pula saya, tidak semua datin-datin begitukan. Berbalik pada lauk sotong masak hitam ini, saya masak macam biasa cuma sebelum ditumis saya perap sekejap dengan bahan-bahan kisar dan tambahkan dengan kicap pekat supaya lauk ini lebih hitam. Suami memang suka sotong masak hitam yang hitam pekat. Tengok pun sudah berselera menurut beliau. Layan gambar ya....
Berlebih-lebih pula saya, tidak semua datin-datin begitukan. Berbalik pada lauk sotong masak hitam ini, saya masak macam biasa cuma sebelum ditumis saya perap sekejap dengan bahan-bahan kisar dan tambahkan dengan kicap pekat supaya lauk ini lebih hitam. Suami memang suka sotong masak hitam yang hitam pekat. Tengok pun sudah berselera menurut beliau. Layan gambar ya....
salam dan selamat bercuti tuk orang kelate...
ReplyDeletewah kak anis dah dapat elaun lebih... suami akak polis ke? eh tapi dapat jemputan ke istana mesti lebih besar pangkat dari polis kan..
Su baca pun dapat rasa akak ni mesti lemah lembut sopan santun dan cantik kan...untung suami akak..
kemain su puji akk ya. nak kena cubit pipi su yg gebu tu. akk ni punyalah montel. zmn cantik ni ms anak dara dulu. skrg dah masuk era 40an su. tua dah. bkn polislah su, suami akk tu rendah aje tinggi 1sm je dr akk. su jgn gelak plk. keja biasa je su, wakil je g istana tu. dpt 'elaun' tak sama dgn income yg kita usaha sendiri tp syukur alhamdulillah.
ReplyDeleteSalam kak.. Menu yg ni sy suka. Kepala sotong tu dgn mata2nya sekali sy blh mamah..he3.. Btuah cik abe kak anis dpt pmata hati yg rajin dn pandai masak.
ReplyDeleteAmboi-amboi.... Kata kat saya ya... Elaun akan dipotong bulan depan.. Hehe...
ReplyDeletesalam en daun. lauk ni senang je masaknya en daun suami pn suka. isteri en daun pn apa kurangnya.:))
ReplyDelete