Sunday, March 28, 2010

MASAK APA HARI INI

Rendang daging garing ini menu yang saya hasilkan sendiri berpandukan resepi gulai darat kakfzi yang baik hati tu. Hehe... Terima kasih ya kak. Saya tambahkan kicap pekat supaya nampak lebih gelap dan masak dengan api perlahan hingga garing. Aromanya memenuhi ruang dapur, memang menyelerakan. Memang tidak muak sebab menggunakan santan yang sedikit dan kurang berempah. Rupanya sahaja kurang cantik.



Asam pedas lagi. Hehe... Tak kisah le, yang penting suami suka. Kali ini lada kisarnya tidak berapa lumat. Rasanya kisar macam biasa dan lada keringnya telah pun saya rebus terlebih dahulu. Saya gunakan kepala ikan haruan laut. Teringin juga hendak masak kari tetapi seisi rumah kurang menyukainya, tambahan dengan cuaca panas kaw kaw sekarang.



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog saya. Terima kasih diucapkan kerana sudi ke mari. Hari ini saya terlebih rajin memasak dua lauk untuk makan tengahari merangkap makan malam. Rendang daging garing dan asam pedas kepala ikan. Satu lauk kegemaran anak-anak, dan satu lauk lagi kesukaan suami. Seronok melihat kedua-dua anak gadis saya makan berulang-ulang. Sedap mak lauk daging, menurut Hamimah walaupun kuahnya tetap kicap manis. Tapi kalau makan dengan ketupat lagi sedap tambah dia lagi. Ketupat segera ada tetapi tidak teringat hendak merebusnya. Jom layan gambar.....

2 comments:

  1. Salam anis...
    Waaa.... kreatip nya anis, modify gulai darat yang lebih tu jadi rendang pulak...hehe... idea yang bagus ni, boleh le akak buat sama lepas ni ya... hehe.. thx k anis... :)

    ReplyDelete
  2. salam kakfzi. sayang sgt klu terbuang kak sbb sedap. hehe... blh sangat nak cuba kak. anak2 sy pn suka mkn siap tny blh mkn dgn roti tak? kelakar betul. sama2, tima kasih juga buat akk.:))

    ReplyDelete