Yang ini tangan Hamimah yang kuat 'ngeteh', hehe... mee bandung yang dipilihnya sahaja yang sedap dan cukup rasa. Garlic bread dan sup cendawan macam ada yang kurang sahaja.....
Pilihan saya dan suami adalah nasi ayam panggang 'golden'. Kosong tanpa daun salad, timun dan tomato. Tidak seperti dulu-dulu....Sup ayamnya juga 'kosong'. Tidak tahu mengapa.
Ini pula Syuhadah. "Mak, sup dan rotinya tak sedap la, rasa lain macam je," menurut si kakak ni. Nak buat macam mana makan sajalah. Tak baik mengeluh depan rezekikan. Ada orang lain yang ingin makan di sini tetapi tak dapat. Kena bersyukur...Assalamualaikum dan selamat malam semua. Beginilah rutin harian saya, suami dan anak-anak semenjak berkelana di bumi Kelantan yang hampir melewati usia 4 tahun. Setiap hujung minggu biasanya anak lelaki saya mesti meminta suami untuk 'naik kereta' bermakna jalan-jalan. Bila sudah jalan-jalan itu tentulah makan-makan pula. Anak-anak gadis saya ini peliknya mudah sangat terasa lapar bila di luar, ada sahaja permintaan untuk makan-makan terutama Hamimah. Kadang-kadang saya dan suami tergelak sesama sendiri. Namun kali ini saya yang berhajat hendak belanja keluarga makan. Hehe... Walaupun tidak bekerja setiap bulan saya akan menerima 'elaun' dari suami. Bulan ini 'elaun' saya ditambah sebab selain dapat naik gred setingkat lagi dalam jawatan, suami juga turut mendapat kenaikkan gaji. Alhamdulillah, mudah-mudahan kelebihan rezeki yang Allah bagi membuatkan kami lebih dekat padaNya dan dapat dikongsi juga pada yang kurang walau sedikit. AMIN...
Berbalik pada acara makan-makan ini sebenarnya anak-anak berhasrat ke kopitiam De Classic, tetapi memikirkan jalan ke Kubang Kerian yang asyik jam sejak pasaraya Mydin dibuka tidak dapatlah kami menunaikan permintaan anak-anak. Makan di Rasa Mas kini tidak sesedap ketika restoran ini baru-baru dibuka. Macam kureng aje. Memang kami pun sudah lama tidak menjamu selera di sini walaupun kerap jalan-jalan di KB Mall. Namun tetap syukur sebab walau bagaimana pun perut kami tetap terisi dan kenyang.

salam anis,
ReplyDeletebetul kata si kakak...
kita kat sini makanan melimpah ruah..boleh buat pilihan nak makan apa..
kat dunia luar sana diaorg..usah kata nak pilih..nak makan pun takde makanan..huhuhuhu..
salam kakrose. mmg betul kata akk. kak, sy pelik sbb dulu rasamasa ni serve makanan sedap2 tp skrg hambar je. tp alhamdulillah, kenyang juga. hehe...
ReplyDelete